
Zuraida dirai sempena lawatan kerja ke Melaka
KOTA LAKSAMANA 2 Julai – Kira-kira 200 undangan hadir bagi meraikan Majlis Makan Malam sempena Lawatan Kerja Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamarudin di Hotel Casa del Rio, di sini, sebentar tadi.
Majlis makan malam dimulakan dengan ketibaan Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali sekitar jam 8.20 malam, diikuti ketibaan Zuraida di perkarangan hotel berkenaan.
Pelbagai persembahan seni budaya daripada artis tempatan negeri turut ditayangkan.
Program itu turut dihadiri barisan Exco Kerajaan Negeri serta wakil daripada jabatan dan agensi.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan mesyuarat antara kerajaan negeri dan KPKT bagi membincangkan pelbagai hala tuju dan pembangunan masa depan negeri ini.
Pada program berkenaan berikutnya dilangsungkan dengan meraikan tetamu kehormat bagi menyusuri Sungai Melaka menaiki bot Melaka River Cruise (MRC) berdekatan jeti hotel tersebut.
Views:
Related


Berita Lain
RM2 SEHARI TINGGAL PUASA DI MELAKA
AYER KEROH 16 Februari - Melaka mengekalkan kadar fidyah RM2 sehari bagi setiap puasa yang ditinggalkan umat Islam dan tidak...
MENARA TAMING SARI TERUSKAN TRADISI BUBUR LAMBUK
BANDA HILIR 16 Februari - Produk pelancongan ikonik Melaka, Menara Taming Sari meneruskan tradisi mengacau dan mengedar bubur lambuk kepada...
TEKAD SHERWIN PADA PARA SUKMA 2026
AYER KEROH 16 Februari - Atlet powerlifting Melaka, Sherwin Kumar, 17, nekad memperbaiki pencapaian peribadi pada Para Sukan Malaysia (Para...
KUDA PONI COMEL ZOO MELAKA BIKIN JATUH CINTA
AYER KEROH 16 Februari - Saiznya yang kecil dan comel selain kelincahannya bermain pastinya membuatkan ramai yang jatuh cinta dengan...
PPSPM IMARAH RAMADAN DENGAN PROGRAM KEROHANIAN, KEBAJIKAN
DUYONG 16 Februari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) merancang pelbagai program kerohanian dan kebajikan sepanjang bulan Ramadan...
REZEKI KONSERT AMAL, DUA PENGUNJUNG MENANG MOTOSIKAL
PAYA RUMPUT 16 Februari - Bukan sahaja terhibur dengan persembahan artis, malah suami isteri ini tersenyum lebar apabila membawa pulang...
