
Tangan hancur, gegendang telinga pecah akibat mercun buatan sendiri
GUA MUSANG 14 Mei – Seorang lelaki cedera parah termasuk hancur tangan kanan apabila mercun buatan sendiri menggunakan botol cecair vape meletup di tangannya dalam kejadian di rumahnya di Kampung Batu Papan, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kejadian berlaku kira-kira 11 pagi ketika mangsa yang berusia 23 tahun itu sedang meraikan 1 Syawal bersama-sama ahli keluarga yang lain.
“Siasatan awal mendapati mangsa membuat sendiri mercun itu dengan menggunakan belerang daripada 50 biji mercun bola yang kemudian dimasukkan ke dalam botol cecair vape yang kosong sebelum dicucuh api.
“Botol berisi belerang itu meletup sebelum mangsa sempat melemparnya,” katanya yang dihubungi hari ini.
Sik berkata selain hancur tangan kanan, lelaki terbabit cedera di bahagian muka dan pecah gegendang telinga, kesan letupan yang terlalu kuat.
Menurutnya, mangsa yang digegaskan ke Hospital Gua Musang kini dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai.
“Pihak HSIP memaklumkan tangan kanan lelaki itu terpaksa dipotong namun dia berada dalam keadaan stabil,” katanya menambah kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUN AYER LIMAU SEMAKIN BERCAHAYA
AYER LIMAU 29 September - Ayer Limau kini lebih 'bercahaya' apabila lebih 90 lampu dipasang di seluruh kawasan itu bagi...
TAPEM SASAR BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN LEBIH TINGGI TAHUN INI
AYER KEROH 29 September - Jumlah tunggakan pinjaman Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) berjaya dikurangkan daripada kira-kira RM40 juta...
60 ‘HERO’ TURUN SUNGAI, JAGA IKON PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 29 September - Seramai 60 peserta menelusuri Sungai Melaka sambil mengutip sampah dalam usaha membantu memastikan ikon pelancongan negeri...
JAM LAMA TIDAK DITUNTUT, MAIM BUKA PELUANG UMAT ISLAM SERTAI BIDAAN
PENGKALAN BATU 28 September - Masyarakat Islam berpeluang memiliki jam lama yang dikategorikan sebagai harta luqatah menerusi sesi bidaan anjuran...
KEPUASAN HATI RAKYAT UKURAN UTAMA KEJAYAAN MBMB – SHADAN
AYER KEROH 29 September - Prestasi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bukan hanya diukur berdasarkan projek besar yang dilaksanakan, sebaliknya...
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN MAUT, 4 CEDERA DALAM KEMALANGAN DI BATU BERENDAM
KESIDANG 29 September – Seorang penolong pegawai perubatan maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Tunku Abdul...
