
Melaka desak percepat wujud PKRC
AYER KEROH 15 Mei – Melaka mendesak agar Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dibuka di negeri ini susulan pertambahan mendadak pesakit COVID-19 ketika ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, ia susulan terdapat 117 pesakit COVID-19 daripada keseluruhan 801 kes yang sedang dirawat masih menunggu penempatan.
Katanya, setakat ini, seramai 172 pesakit sedang dirawat di Hospital Melaka, termasuk 34 daripadanya ditempatkan si unit rawatan rapi dan 10 memerlukan bantuan alat pernafasan dengan kapasiti pesakit di hospital berkenaan sudah mencapai 65.3 peratus.
“Selain Hospital Melaka, kita turut menempatkan pesakit di PKRC Kolej Kejururawatan Hospital Melaka seramai 31 orang, dua di PKRC Penjara Sungai Udang dan 272 di PKRC Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS ).
“Bagaimanapun, masih terdapat 117 pesakit masih menunggu penempatan ketika ini.
“Atas sebab itulah kita memohon PKRC dibuka di Melaka dan kita turut mendesak agar ia diadakan segera,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Untuk rekod, setakat semalam, terdapat 21 kluster yang masih aktif di Melaka dengan lima daripadanya masih merekodkan pertambahan kes positif COVID-19.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM PERKENAL SKIM BANTUAN SIMPANAN PELAJARAN ANAK ASNAF
TELOK MAS 15 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan satu lagi skim bantuan baharu dalam membantu pendidikan anak-anak...
MINAT MAIN DAM BAWA TUAH, AHCHAI RANGKUL KEMENANGAN BERGANDA
AYER KEROH 15 Disember - Bermula dengan minat bermain dam aji dan menjadikannya sebagai hobi, tuah berganda menyelebahi Ng Hock...
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
