Kematian Haziq tiada kaitan dengan vaksinasi COVID-19 – Pakar forensik

Masa Membaca:57 Saat

KUALA LUMPUR 15 Mei – Tiada bukti menunjukkan kematian atlet memanah negara, Mohd Haziq Kamarudin berkaitan langsung dengan vaksinasi COVID-19.

Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik merangkap Ketua Perkhidmatan Perubatan Forensik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Dr Zahari Noor berkata, keputusan bedah siasat bagaimanapun menunjukkan kematian mengejut bekas pemenang pingat emas Sukan SEA itu akibat komplikasi salur darah jantung tersumbat akibat daripada perubahan arterosklerosis.

“Proses bedah siasat selesai dilakukan setelah calitan ujian COVID-19 yang diambil menunjukkan keputusan negatif bagi virus tersebut. Hasil bedah siasat menunjukkan kepada kematian akibat komplikasi salur darah jantung tersumbat akibat daripada perubahan arterosklerosis.

“Walaubagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu beberapa keputusan analisa makmal.

“Namun sehingga kini tiada bukti menunjukkan bahawa kematian ini adalah berkaitan langsung dengan vaksinasi COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, dunia sukan negara dikejutkan dengan pemergian mengejut Mohd Haziq yang dilaporkan rebah di rumahnya selepas menunaikan solat Subuh sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang, kira-kira jam 9.37 pagi.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Koperasi Serkam Darat, Merlimau kira-kira 1.40 pagi tadi.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

747
Kongsi :
Previous post ‘Kami reda’ – Penduduk
Next post Melaka desak percepat wujud PKRC
Ubah saiz-+=