
Anak nafi Isa Samad meninggal dunia
Mohamad Najib Mohd Isa yang juga Ketua Pemuda UMNO Port Dickson ketika dihubungi Bernama memaklumkan perkara itu dan menyatakan bapanya kini masih sihat.
“Saya difahamkan ada audio yang tersebar mengenai berita ayah (meninggal dunia), semua itu tidak betul, ayah saya sihat walafiat.
“Kita doakan untuk beliau dan kita semua dipanjangkan umur, murah rezeki, selamat daripada sebarang fitnah dan penganiayaan,” katanya.
Mohd Isa, 72, pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun sejak 1982, selain turut menjadi Ketua UMNO Teluk Kemang sejak 1978 hingga 2017.
Malam tadi tular satu audio berdurasi 47 saat di aplikasi WhatsApp, yang mendakwa bekas pemimpin UMNO itu meninggal dunia kira-kira jam 8 malam tadi.
Sebelum ini, khabar angin mengenai kematian Mohd Isa itu pernah dilaporkan pada 2018 dan 2019, bagaimanapun perkara tersebut dinafikan isterinya Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘RUMAH KEK’ KAMPUNG LANJUT MANIS
PAYA RUMPUT 14 Mac – Bermula dengan percubaan kecil di dapur ketika masih menuntut pada usia 20 tahun, Ainin Tasnim...
KITARECYCLE MELAKA KUMPUL LEBIH 800 TAN SISA KITAR SEMULA
KLEBANG 13 Mac - Program KITARecycle yang dilaksanakan SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) merekodkan kutipan lebih 800 tan barangan...
BELUM TERLAMBAT RASAI SUASANA IFTAR DI HOTEL MITC
AYER KEROH 14 Mac - Walaupun sudah menghampiri penghujung Ramadan, orang ramai masih boleh menikmati sajian bufet Ramadan di Hotel...
PPSPM CAPAI 89 PERATUS SASARAN PENGUNJUNG SUKU PERTAMA 2026
DUYONG 14 Mac – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) mencapai 89 peratus sasaran pengunjung yang ditetapkan bagi tempoh...
PRN MELAKA PADA TAHUN INI – AB RAUF
BANDARAYA MELAKA 14 Mac - Pilihanraya Negeri Melaka akan diadakan pada tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA PADA 28 MAC DITERUSKAN
BANDARAYA MELAKA 14 Mac - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Melaka pada 28 Mac akan diteruskan seperti dirancang, kata...
