
PAS minta jangan politikkan institusi pendidikan
AYER KEROH 10 Julai – PAS meminta agar isu bantuan daripada Tabung Musa’adah Covid-19 kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, soal berkaitan institusi pendidikan tidak seharusnya menjadi menjadi modal politik dan pertikaian pihak tertentu, sebaliknya ia perlu diberi galakan dan sokongan.
“Sebenarnya apa yang nak dipertikai? PASTI ialah institusi pendidikan. Anak-anak nak belajar di peringkat pra-persekolah, jadi apa yang kita nak pertikai?
“Janganlah sampai pelajar-pelajar dijadikan ‘korban’ kepada pertembungan politik seperti ini.
“Sepatutnya semua perlu beri galakan dan menyokong institusi pendidikan ini dan layanan adil perlu diberikan kepada institusi pendidikan dalam negara,” katanya semalam.
Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Pemuda Amanah Nasional yang sebelum ini mempersoalkan bantuan daripada Tabung Musa’adah Covid-19 bernilai RM100,000 yang disalurkan kepada PASTI, dan bukannya kepada tadika swasta lain yang turut terkesan dengan penularan pandemik Covid-19.
Views:
Related


Berita Lain
RUMAH BAHARU MANGSA KEBAKARAN DIJANGKA SIAP DALAM TEMPOH SEBULAN
TANJUNG BIDARA 19 Jun - Jabatan dan agensi Kerajaan Negeri bekerjasama bagi membantu Mohd Fairus Hamzah, 53, dan isteri Samsiah...
KETUA MENTERI UMUM BERITA GEMBIRA UNTUK WARGA SMK TELOK MAS
TELOK MAS 19 Jun - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Mas bakal menerima dua unit televisyen pintar (Smart TV) dan...
WRUR TELOK MAS REALISASI HASRAT RAKYAT
TELOK MAS 19 Jun - Penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas memberikan impak...
MELAKA BINA 13 MASJID BAHARU DALAM TEMPOH TIGA TAHUN – KM
TELOK MAS 18 Jun - Sebanyak 13 masjid baharu telah dibangunkan Kerajaan Negeri dalam tempoh tiga tahun sebagai bukti komitmen...
KETUA MENTERI TURUN PADANG SANTUNI RAKYAT TELOK MAS
TELOK MAS 18 Jun - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh meneruskan pendekatan mendekati rakyat apabila meluangkan masa...
PETUGAS PEMBERSIHAN PERKUKUH DAYA TARIKAN PELANCONGAN MELAKA
BANDA HILIR 18 Jun - Peranan yang dimainkan oleh pekerja pembersihan amat besar terutamanya dalam mengekalkan imej Melaka sebagai destinasi...
