
Menteri Agama sumbang RM5,000 baiki Masjid Al-Hilal Pantai Rombang
PANTAI KUNDOR 10 Julai – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad telah menyumbangkan RM5,000 bagi membaik pulih Masjid Al-Hilal, Pantai Rombang, di sini.
Sumbangan itu disampaikan ketika beliau menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan bersempena dengan lawatan kerja ke Melaka, sebentar tadi.
“Singgah solat Jumaat di Masjid Al-Hilal, Pantai Rombang, Tanjung Kling, Melaka. Saya dimaklumkan bahagian luar masjid ini dalam proses baik pulih kerana ditimpa pokok baru-baru ini.
“Saya menyumbangkan RM5,000 bagi proses baikpulih tersebut. Semoga ia dapat meringankan sedikit beban pihak Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Hilal dan mempercepatkan proses baik pulih bahagian yang rosak,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SIASAT DAKWAAN CAJ PARKIR RM183 DI PASAR BORONG
KLEBANG 16 Mac - Kerajaan Negeri mengarahkan siasatan segera dijalankan susulan dakwaan seorang pengguna dikenakan caj parkir sebanyak RM183.38 ketika...
3 BAZAR AIDILFITRI MELAKA TERIMA KEHADIRAN PENGUNJUNG LUAR BIASA – KM
KLEBANG 16 Mac - Tiga bazar Aidilfitri utama di negeri ini menerima kehadiran pengunjung yang ramai dan melebihi jangkaan sepanjang...
GERAN SEJATI MADANI KINI UNTUK PERTUBUHAN BELIA
MELAKA, 15 Mac - Kerajaan memperluas pemberian geran Sejati MADANI tahun ini kepada pertubuhan-pertubuhan belia bagi membangunkan aktiviti keusahawanan yang...
PENGAYUH BECA MELAKA TERIMA SUMBANGAN HARI RAYA
BANDA HILIR 15 Mac - Seramai 284 pengayuh beca Negeri Melaka menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri daripada Kerajaan Negeri sebagai...
KUIH TRADISIONAL BENTENG WARISAN MELAKA
BANDA HILIR 15 Mac - Kerajaan Melaka komited memastikan identiti kulinari Melaka seperti dodol dan kuih-muih tradisional tidak hilang ditelan...
MELAKA HIDUPKAN ‘RUMAH-RUMAH ALLAH’ DENGAN MAJLIS ILMU
PENGKALAN BATU 15 Mac - Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan berjumlah RM409,500 kepada 25 masjid dan 108 surau kariah di Parlimen...
