Kilang dan premis ditutup amalan biasa – Rahmad
AYER KEROH 26 Jun – Arahan penutupan kilang dan premis di negeri ini merupakan antara tatacara amalan biasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengekang penularan COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah, Datuk Rahmad Mariman berkata, tindakan itu adalah amalan biasa KKM setiap kali terdapat laporan berkaitan wabak itu.
“Pada masa ini adalah amalan biasa (penutupan premis) bila ada kes di sesuatu premis,” katanya ringkas kepada Melaka Hari Ini
Terdahulu, tular di media sosial sebuah kilang sarung tangan di Ayer Keroh diarahkan tutup sejak 4.30 petang semalam sehingga 2 Julai depan telah menerima arahan Notis Perintah Tutup Premis atas arahan KKM.
Ia difahamkan apabila ada pekerja yang dijangkiti wabak berkenaan telah membentuk penularan jangkitan dalam tempat kerja.
Selain itu, sebuah lagi kilang elektronik terletak di Krubong turut ditutup sejak kelmarin sehingga 1 Julai depan disebarkan dalam media sosial.
Malah terkini, sebuah pejabat pihak berkuasa tempatan di Ayer Keroh difahamkan menerima perintah penutupan sama oleh KKM bermula 2 petang tadi sehingga 3 Julai ini dengan perintah berkuatkuasa kecuali di tingkat tiga bangunan agensi itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HARI RAYA LEBIH MERIAH DI MELAKA WONDERLAND
AYER KEROH 12 Mac – Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini lebih meriah apabila Melaka Wonderland Theme Park & Resort...
1,500 PENGUNJUNG MERIAHKAN IFTAR SANTAI MPJ
JASIN 12 Mac – Lebih 1,500 pengunjung hadir memeriahkan Program Iftar Santai Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) di Dataran Vista Alamanda...
‘ACIK ZUL’ KONGSI REZEKI RAMADAN DENGAN ORANG TABOH NANING
TABOH NANING 12 Mac - Terpilih menerima sumbangan ayam segar, telur dan wang tunai membuatkan seramai 130 penduduk Dewan Undangan...
PENGGIAT GIG MELAKA TABIK KEPRIHATINAN KETUA MENTERI
SERI BENDAHARA 12 Mac - Rata-rata penghantar makanan atau p-hailing di negeri ini menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan Kerajaan Negeri yang...
TERUJA IFTAR BERSAMA ‘TOK RAUF’, MAHASISWA SYUKUR DAPAT DUIT RAYA
SERI BENDAHARA 12 Mac - Keterujaan jelas terpancar di riak wajah mahasiswa anak Melaka yang berpeluang iftar bersama pemimpin nombor...
MELAKA BAWA SUARA ‘ABANG RIDER’ KE SURUHANJAYA EKONOMI GIG MALAYSIA
SERI BENDAHARA 12 Mac - Kerajaan Negeri memandang serius aspek kebajikan pekerja ekonomi gig yang kini semakin berkembang di negeri...
