
Melaka catat Rt tertinggi pada Isnin
AYER KEROH 29 Jun – Melaka merekodkan Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 tertinggi setakat semalam iaitu pada 1.10.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kenaikan kadar Rt itu berpunca daripada kes COVID-19 yang tinggi di Penjara Sungai Udang serta Kluster Industri.
“Kedua-dua kawasan ini mencatatkan peningkatan kes yang tinggi berpunca dari kontak rapat kes positif dan hari ini saja sebanyak 104 kes dari jangkitan kluster sedia ada.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah menutup Blok 3 dan 4 Kilang Infineon selama seminggu disebabkan jangkitan yang tinggi,” katanya kepada MHI.
Katanya bagaimanapun setakat ini pihaknya tidak boleh menjangkan Rt itu akan menurun pada kadar berapa.
“Saya tak boleh jangka buat masa ini Rt ini akan menurun pada kadar berapa,” katanya.
Malaysia bagaimanapun terus mengalami ketidaktentuan kadar kebolehjangkitan COVID-19 sejak seminggu lalu.
Angka itu berada di paras 1.0 pada Isnin berbanding 0.99 pada hari sebelumnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 13,000 SERBU TIGA PRODUK PELANCONGAN PPSPM PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Seramai 13,074 pengunjung mengambil peluang menikmati tiga produk pelancongan utama di bawah Perbadanan Pembangunan Sungai...
HAMPIR 3,500 NAIK MENARA TAMING SARI PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Hampir 3,500 pengunjung mengambil kesempatan menikmati kemasukan percuma ke Menara Taming Sari sempena Sambutan Hari...
2,826 PENGUNJUNG PILIH TEROKAI MUZIUM
JASIN 31 Ogos – Seramai 2,826 pengunjung direkodkan mengunjungi enam muzium dan galeri di bawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...
CUTI HARI KEBANGSAAN, ATUK BAWA CUCU JEJAK SEJARAH
MERLIMAU 31 Ogos – Cuti Hari Kebangsaan dimanfaatkan Tajudin Sidek, 62, dengan cara tersendiri apabila membawa dua cucunya mengunjungi Galeri...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: 18,318 PENGUNJUNG MERIAHKAN ZOO MELAKA
AYER KEROH 31 Ogos - Sasaran 10,000 pengunjung sempena Program Kemasukan Percuma ke Zoo Melaka sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: PENGUNJUNG SERBU ZOO MELAKA SEAWAL 6.30 PAGI
AYER KEROH 31 Ogos - Bahang matahari yang semakin terik tidak menghalang orang ramai termasuk pelancong untuk terus beratur malah...
