
Mohd Ali santuni pesakit Hospital Melaka
BANDARAYA MELAKA 9 Julai – Yang di-Pertua negeri Melaka, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam menyantuni pesakit di Hospital Melaka, sebentar tadi.
Kunjungan itu sebagai tanda prihatin terhadap peningkatan pesakit sehingga menjadikan fasiliti di Hospital Melaka berada pada paras kritikal setakat ini.
Ketibaan beliau di lobi hospital sekitar jam 4 petang tadi telah disambut kakitangan pengurusan hospital terbabit.

Sejurus tiba, beliau diiringi ke Wad Pediatrik bagi menyantuni serta menyampaikan sumbangan wang tunai kepada pesakit yang menerima rawatan.
Dalam kunjungan itu, beliau turut menziarahi pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memantau fasiliti yang diperlukan di hospital terbabit.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
JURURAWAT NADI SISTEM KESIHATAN NEGARA
LENDU 14 Mei - Jururawat atau 'kakak misi' menjadi tulang belakang dan nadi yang menggerakkan sistem kesihatan negara termasuk di...
HOSPITAL BAHARU MELAKA AGENDA PENTING DEMI RAKYAT
LENDU 14 Mei - Perancangan untuk mendapatkan hospital baharu di Melaka akan terus diperjuangkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
87 KLINIK KESIHATAN DINAIK TARAF SEPANJANG TIGA TAHUN PENTADBIRAN TOK RAOP
LENDU 13 Mei - Sebanyak 87 klinik kesihatan dan klinik desa seluruh Melaka dinaik taraf sepanjang tiga tahun pentadbiran Ketua...
PETUGAS KESIHATAN INSAN HEBAT
LENDU 14 Mei - Petugas kesihatan dianggap sebagai insan hebat oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kerana...
BOMBA MELAKA KENDALI 5,162 OPERASI KECEMASAN SEPANJANG 2025
LENDU 13 Mei - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka mengendalikan sebanyak 5,162 operasi kecemasan sepanjang tahun lalu sekali...
MELAKA PERLUAS INISIATIF PRODUK PELANCONGAN PERCUMA KEPADA PESARA
LENDU 13 Mei - Kerajaan Negeri akan memperluaskan inisiatif kemasukan percuma ke produk pelancongan terpilih kepada golongan pesara badan beruniform...

