
COVID-19: Satu kes positif, penduduk Perkampungan Portugis perketat SOP
UJONG PASIR 10 Julai – Penduduk Perkampungan Portugis disaran memperketatkan SOP susulan terdapat satu kes penularan jangkitan COVID-19 dalam komuniti itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK) berkenaan, Marina Linda Danker berkata, pihaknya difahamkan jangkitan membabitkan individu berusia 40 tahun yang mendapat jangkitan dari luar kawasan berkenaan.
“Kita difahamkan setakat ini seorang sahaja yang disahkan positif membabitkan seorang penduduk yang menetap di sebuah pangsapuri di kampung ini.
“Kerja-kerja sanitasi akan dijalankan dan saya juga telah menandatangi surat memaklumkan perkara ini,” katanya ringkas ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) hari ini.
Surat berkenaan turut tular di media sosial yang meminta penduduk menjaga keselamatan diri berikutan terdapat kontak rapat positif COVID-19 dari penduduk di kawasan itu.
Ia menyebut pengurusan kampung terbabit dinasihatkan agar sentiasa duduk di rumah dan hanya keluar rumah jika perlu.
“Sila pastikan semua penduduk menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang diperketatkan kerajaan dan dinasihatkan sentiasa memakai pelitup muka dan langkah sanitasi setiap masa,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KANAK-KANAK ENAM TAHUN CEDERA DISERANG ANJING DI CHERAS
KUALA LUMPUR 4 September - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera digigit anjing ketika menunggang basikal di jalan berhampiran...
LEBIH 200 INSAN ISTIMEWA MERIAHKAN SERUMPUN RACE SPECIAL EDITION 2025
BANDA HILIR 4 September - Lebih 200 insan istimewa memeriahkan Program Serumpun Race Special Edition 2025 yang melibatkan enam buah...
SUKAN AIR, ‘BANANA BOAT’ TARIKAN PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 September – Aktiviti air seperti pertunjukan jet ski dan 'banana boat' antara tarikan utama sepanjang Pesta Pantai...
1,000 PENARI ZAPIN, PESTA KONDA KONDI MERIAHKAN WTD 2025
OSAKA, JEPUN 4 September - Tarian zapin serumpun yang mengumpulkan 1,000 penari menjadi antara tarikan pada Hari Pelancongan Sedunia (WTD)...
KANAK-KANAK LIMA TAHUN CEDERA DISERANG ANJING
KUALA LUMPUR, 4 Sept - Seorang kanak-kanak lelaki cedera di kepala selepas diserang seekor anjing di Taman Megah, Cheras petang...
SAKIT KEPALA RUPANYA DIUJI HIDAP KETUMBUHAN
DUYONG 4 September - Sakit kepala pada awalnya yang disangka akibat resdung dan alahan kucing mengubah hidup pelajar Tingkatan Empat,...