
Vaksin: 434,828 dos diberikan semalam, tertinggi setakat ini – Dr Adham
KUALA LUMPUR 15 Julai – Jumlah pemberian vaksin harian mencatat angka 434,828 dos suntikan semalam, iaitu jumlah tertinggi setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin di Twitter, beliau memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 279,938 individu menerima dos pertama dan 154,890 lagi, lengkap dos kedua.
Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan sejak 24 Februari adalah sebanyak 12,647,558 dos.
“Jumlah terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah lengkap dua dos vaksin ialah 4,003,266 atau sebanyak 12.3 peratus daripada populasi rakyat Malaysia,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
INTERNET MUDAH ALIH MELAKA CAPAI 100 PERATUS
SERI NEGERI 24 Ogos - Capaian internet mudah alih di kawasan berpenduduk di Melaka kini mencapai 100 peratus, membuktikan kesediaan...
MAIM PASTIKAN KUTIPAN ZAKAT SAMPAI KEPADA GOLONGAN MEMERLUKAN
AYER LIMAU 24 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memastikan hasil kutipan zakat disalurkan kepada golongan yang memerlukan menerusi...
RM2.25 JUTA DISALUR MENERUSI JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT
SERI NEGERI 24 Ogos - Sebanyak RM2.25 juta telah disalurkan untuk pelbagai manfaat rakyat menerusi Program Jelajah Ketua Menteri Sayang...
RUKUN NEGARA PERLU DIHAYATI, BUKAN SEKADAR LAFAZ IKRAR – TUN DR. MOHD ALI
SERI NEGERI 24 Ogos – Rukun Negara tidak seharusnya sekadar dilafazkan sebagai ikrar, sebaliknya perlu benar-benar dihayati dan diterjemahkan dalam...
MESRA PASTIKAN RAKYAT BERADA DI TENGAH-TENGAH DASAR KERAJAAN
AYER KEROH 24 Ogos - Kerajaan Negeri terus meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam setiap dasar dan keputusan yang dilaksanakan...
KDNK MELAKA MENINGKAT RM50.3 BILION PADA 2025
SERI NEGERI 24 Ogos - Ekonomi Melaka terus menunjukkan prestasi positif apabila nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri meningkat...
