
RM499,060 rampasan tidak sampai tujuh bulan
AYER KEROH 13 Julai – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri merekodkan jumlah rampasan bernilai lebih RM499,000 dalam tempoh tidak sampai tujuh bulan, tahun ini.
Pengarahnya Norena Jaafar berkata, jumlah itu diperoleh dalam tempoh Januari hingga 11 Julai 2020 (Sabtu) hasil daripada pemeriksaan 10,705 premis dilakukan pihaknya.
“Pemeriksaan itu membabitkan semua lapisan perniagaan termasuk peruncit, pemborong dan peladang selain KPDNHEP turut menerima 511 aduan rasmi berkaitan harga.
“Sebanyak 162 kes berjaya dihasilkan daripada pemeriksaan membabitkan nilai rampasan kesemuanya berjumlah RM499,060.17,” katanya.
Menurut beliau, sejumlah 74 notis dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 turut dikeluarkan pihaknya bagi mendapatkan maklumat perihal harga ke atas premis yang disyaki berlaku pencatutan.
“Selain itu kami juga turut mengeluarkan kompaun berjumlah RM42,200 serta RM124,000 denda ke atas peniaga dan individu yang didapati melanggar peraturan KPDNHEP,” katanya.
Mengulas lanjut, Norena berkata, pihaknya meminta pengguna untuk menjadi mata dan telinga KPDNHEP dalam melaporkan sebarang salah laku berkaitan perdagangan dan isu kepenggunaan.
Views:
Related

Berita Lain
UMBAI JADI TARIKAN PELANCONGAN LUAR BANDAR BERTARAF DUNIA
SERKAM 5 Julai – Umbai diangkat sebagai destinasi pelancongan luar bandar bertaraf antarabangsa, sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan...
PROJEK PEMBANGUNAN UBAH WAJAH DUN SERKAM
SERKAM 5 Julai – Pelbagai projek pembangunan yang dirancang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam berjaya direalisasikan menerusi Program Wakil...
PERKEMBANGAN SEKTOR PELANCONGAN MELAKA BERI LIMPAHAN REZEKI KEPADA RAKYAT
BANDA HILIR 4 Julai - Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai inisiatif untuk terus memperkasakan sektor pelancongan supaya sektor itu bukan sahaja...
SEDEKAD PENGANJURAN MALAKKA DUTCH FESTIVAL
BANDA HILIR 4 Julai - Penganjuran Malakka Dutch Festival yang memasuki ulang tahun ke-10 mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam...
FESTIVAL MASAKAN WARISAN MELAKA DAN MELAKA HERITAGE FESTIVAL 2026 SASAR 10,000 PENGUNJUNG
BANDA HILIR 4 Julai - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyasarkan kira-kira 10,000 pengunjung sepanjang penganjuran Festival Masakan Warisan Melaka dan...
220 ACARA MENARIK SEPANJANG TAHUN GAMIT PELANCONG KE MELAKA
BANDA HILIR 4 Julai - Festival Masakan Warisan Melaka dan Melaka Heritage Festival 2026 dilihat mampu memperkukuh kedudukan negeri ini...

