
AEON Ayer Keroh ditutup hingga Jumaat
PERINGGIT 26 Julai – Pusat Beli-Belah AEON Ayer Keroh ditutup bermula semalam hingga Jumaat ini bagi menjalankan proses sanitasi.
Ia susulan terdapat kes COVID-19 dikesan membabitkan pekerja di satu lot kedai dalam kompleks berkenaan.
Exco Kesihatan, Datuk Rahman berkata, beliau bagaimanapun tidak mempunyai butiran penuh penutupan operasi kompleks berkenaan.
Jelasnya, setakat ini hanya seorang sahaja pekerja di satu lot kedai dalam pasar raya itu dikesan positif.
“Setakat ini, enam pekerja sudah disaring dan masih menunggu keputusan.
“Pasar raya itu diarahkan tutup bermula semalam hingga Jumaat ini,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini.
Dalam pada itu, menurut kenyataan dikeluarkan AEON Co (M) Sdn Bhd memaklumkan kompleks beli belah itu ditutup sementara untuk kerja sanitasi bagi mengawal penularan wabak itu.
“Pasar raya AEON Ayer Keroh ditutup sementara bermula jam 7 petang (semalam) sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan.
“Sila rujuk laman Facebook rasmi kami untuk perkembangan terkini,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘RED LECHWE’ ZOO MELAKA JALANI PROSEDUR SEDASI, RAWAT BENGKAK TESTIS
AYER KEROH 27 Jun - Di sebalik haiwan spesies antelop diberi nama ‘Red Lechwe’ ini, berdiri sepasukan Veterinar Zoo Melaka...
MIMPI NGERI BANJIR KILAT MALIM JAYA BERAKHIR
KESIDANG 27 Jun – Masalah banjir kilat yang pernah menjadi mimpi ngeri penduduk Malim Jaya berjaya dikurangkan secara signifikan menerusi...
115 PASUKAN BERENTAP REBUT KEJUARAAN PERLUMBAAN PERAHU NAGA MELAKA 2026
BANDA HILIR 27 Jun - Sebanyak 115 pasukan dari dalam dan luar negara berentap merebut gelaran juara dalam Perlumbaan Perahu...
KPKT LULUS 5 PERMOHONAN BINA BAHARU RUMAH RAKYAT MEMERLUKAN DI JASIN
RIM 27 Jun - Sebanyak lima permohonan pembinaan rumah baharu di lima Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Jasin...
TRANSFORMASI ZOO MELAKA SEBAGAI DESTINASI KELUARGA – CMI
AYER KEROH 27 Jun - Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) memperhebat usaha memperkasakan Zoo Melaka menerusi pelbagai penambahbaikan termasuk menaik...
PROGRAM JOM SANTAI @DATARAN MBMB MERIAHKAN SUASANA MALAM MINGGU
AYER KEROH 27 Jun - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menganjurkan Program Jom Santai @ Dataran MBMB susulan kehadiran pengunjung...
