COVID-19: Pasar awam, pasar raya di Masjid Tanah ditutup 10 hari

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

MASJID TANAH 26 Julai – Pasar awam di Masjid Tanah diarahkan tutup selama 10 hari selepas seorang ahli keluarga peniaga barangan borong di pasar berkenaan disahkan positif COVID-19.

Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan itu bermula esok sehingga 5 Ogos.

Jelas kenyataan itu, penutupan itu dibuat bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dan pembasmian kuman dijalankan.

“Pihak MPAG dimaklumkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah bahawa terdapat seorang ahli keluarga peniaga barangan borong telah didapati positif COVID19.

“Justeru, sebagai langkah awal pasar berkenaan diarahkan tutup dan semua peniaga pasar atau mana-mana individu yang mempunyai kontak dapat membuat ujian calitan.

“Premis Pasar Masjid Tanah akan ditutup mulai jam 12 tengah hari, 27 Julai 2021 hingga 5 Ogos 2021 bagi kerja-kerja sanitasi dan pembasmian dengan sempurna,” kata kenyataan itu.

NOTIS penutupan sebuah pasar raya di Masjid Tanah.

 

Sementara itu, menerusi satu foto yang tular turut dimaklumkan sebuah pasar raya di Masjid Tanah yang baharu beroperasi tahun lalu diarahkan tutup bermula hari ini.

Perkara itu telah disahkan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin yang memaklumkan premis berkenaan bermula jam 8 malam hari ini sehingga 5 Ogos depan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

988
Kongsi :
Previous post Bomba Melaka siap siaga hadapi musim kemarau
Next post AEON Ayer Keroh ditutup hingga Jumaat
Ubah saiz-+=