
2 lagi kluster baharu, 17 kematian di Melaka
AYER KEROH 30 Julai – Melaka merekodkan pertambahan dua lagi kluster baharu hari ini, membabitkan sebuah pusat jagaan dan tempat kerja.
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan kluster pertama dikenali sebagai Kluster Jalan Saujana Indah iaitu sebuah pusat jagaan di daerah Melaka tengah yang telah merekodkan 20 kes positif COVID-19 setakat ini.
Manakala, satu lagi kluster ialah Kluster Jalan Masjid Tanah Ria membabitkan pasar raya di daerah Alor Gajah yang mula dikesan menerusi saringan bergejala sebelum menular ke tempat kerja dan asrama pekerja.
Kluster itu setakat ini merekodkan 50 kes positif COVID-19.
Selain kluster baharu, JKN Melaka turut memaklumkan 581 kes positif dikesan hari ini dengan majoritinya membabitkan kontak rapat keluarga iaitu sebanyak 320 kes.
Ia diikuti dengan 107 kes yang dikesan menerusi saringan bergejala dalam kalangan orang ramai, 53 kes dari kluster kilang, 50 kes tempat kerja bukan kilang, dan tiga kes institusi penjara.
“Sehingga kini, terdapat 4,876 kes masih dirawat di hospital serta PKRC awam dan swasta dan daripada jumlah itu, 92 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 23 memerlukan bantuan pernafasan.
“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 17 kes kematian yang dilaporkan di Melaka,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERUSI RODA BAHARU, SINAR KECERIAAN BUAT ADIK FAWZIAH
MERLIMAU 22 November – Keperluan sebuah kerusi roda yang lebih selesa buat adik Farwizah akhirnya mendapat perhatian apabila kemudahan baharu...
MPHTJ BERJAYA SELESAIKAN 84 PERATUS DARIPADA KESELURUHAN 3,800 ADUAN DITERIMA
AYER KEROH 22 November - Sebanyak 3,800 aduan diterima Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sejak Januari hingga kini, dengan...
AMALAN KITAR SEMULA MBMB BANTU KEPERLUAN HOSPITAL
AYER KEROH 22 November – Amalan kitar semula di Melaka turut memberi manfaat kepada sektor kesihatan apabila beg kertas terpakai...
APLIKASI ‘SMART TOURISM MELAKA AI’ DITAMBAH BAIK, BAKAL DILENGKAPI KEMUDAHAN PEMBAYARAN
BANDA HILIR 22 November – Aplikasi 'Smart Tourism Melaka AI' yang membantu pelancong merancang perjalanan dan mencari lokasi menarik di...
MAIM PERUNTUK RM3.28 JUTA BANTUAN PERSEKOLAHAN 9,380 ANAK ASNAF
BEMBAN 23 November - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperuntukkan sejumlah RM3.28 juta bagi menyediakan bantuan persekolahan kepada 9,380 anak...
KEBAJIKAN WARGA EMAS, EKONOMI BELIA JADI HARAPAN RAKYAT
REMBIA 22 November - Kemenangan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) untuk menerajui Kerajaan Negeri Melaka pada Pilihan Raya...
