
20 lagi kematian akibat COVID-19 di Melaka
AYER KEROH 8 Ogos – Melaka merekodkan 20 lagi kematian akibat COVID-19 hari ini, sekali gus menjadikannya jumlah kematian harian kedua tertinggi pernah direkodkan.
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, daripada jumlah itu, 19 ialah kematian di hospital manakala satu kes membabitkan kematian sebelum tiba di hospital.
Kes kematian hari ini membabitkan 10 lelaki dan 10 wanita berusia 34 hingga 90 tahun.
Dalam pada itu, JKN Melaka turut memaklumkan pertambahan 526 kes positif COVID-19 dan 503 kes sembuh, hari ini.
Kes harian baharu majoritinya disumbangkan daripada saringan kontak keluarga iaitu sebanyak 233 kes, diikuti 103 kes saringan bergejala orang ramai, 82 tempat kerja bukan kilang, 67 melibatkan kluster kilang dan satu kes daripada institusi penjara.
Bagaimanapun, tiada kluster baharu direkodkan pada hari ini.
Sehingga kini, sebanyak 5,618 kes masih dirawat dengan 116 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 36 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TELOK BEREMBANG JADI ‘PENTAS’ NELAYAN DARAT, 30 PERAHU BERHIAS SEMARAK MERDEKA
AYER LIMAU 12 September - Kreativiti nelayan darat dari beberapa kawasan di utara Melaka mencuri perhatian apabila sebanyak 30 perahu...
110 KEDIAMAN UZUR DIGANTI BAHARU SEPANJANG PENTADBIRAN TOK RAUF
KUALA LUMPUR 12 September - Kerajaan Melaka membina baharu dan membaik pulih kediaman penduduk kurang mampu yang uzur serta daif...
TOK RAUF PUAS DAPAT BAWA DUNIA KE MELAKA
KUALA LUMPUR 12 September - Kejayaan penganjuran pelbagai acara bertaraf dunia di Melaka bukan sahaja membantu mempromosikan negeri ini sebagai...
WRUR AYER LIMAU: LEBIH 10,000 ORANG KAMPUNG BERI SOKONGAN
AYER LIMAU 12 September - Lebih 10,000 penduduk kampung membanjiri pelbagai program sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TELUK BEREMBANG: DARI PAYA BAKAU KE DESTINASI PELANCONGAN
AYER LIMAU 12 September - Dahulu, kawasan ini hanyalah sebuah hutan paya bakau berlumpur yang sering ditenggelami banjir, namun siapa...
KAMPUNG BERINGIN SATU KOMUNITI, SATU HATI
DURIAN TUNGGAL 12 September - Perbezaan usia dan latar belakang tidak menghalang warga Kampung Beringin untuk terus berkumpul, mengeratkan silaturahim...
