Kelonggaran rentas negeri beri manfaat kepada institusi kekeluargaan – Ismail Sabri

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kelonggaran merentas daerah dan negeri bagi pasangan jarak jauh dan ibu bapa yang melengkapkan vaksinasi untuk berjumpa anak-anak di bawah umur 18 tahun bermula Selasa depan memberi banyak manfaat kepada institusi kekeluargaan di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, anak-anak yang sedang membesar tidak seharusnya terpisah terlalu lama daripada ibu bapa mereka.

“Alhamdulillah, berkat doa semua kelonggaran bagi mereka yang sudah menerima dua dos vaksin telah pun diumumkan.

“Berkuat kuasa 10 Ogos ini, pasangan jarak jauh dibenarkan untuk merentas negeri dan daerah.

“Begitu juga kepada ibu bapa yang ingin bertemu dengan anak yang berumur 18 tahun dan ke bawah,” menurutnya dalam hantaran di laman Facebook rasmi beliau.

Ismail Sabri turut memberi jaminan bahawa cadangan serta rintihan semua pihak termasuk yang diluahkan di ruangan komen akaun media sosial beliau akan dibawa ke mesyuarat seterusnya.

“Insya-Allah, sedikit sebanyak ia dapat membantu kita semua,” katanya.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap termasuk kebenaran melaksanakan solat berjemaah di surau dan masjid serta merentas daerah atau negeri bagi pasangan suami isteri jarak jauh selain ibu bapa untuk berjumpa anak-anak di bawah umur 18 tahun.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

308
Kongsi :
Previous post Kuiz pelaburan PNB 2021 tawar hadiah bernilai RM68,500
Next post 20 lagi kematian akibat COVID-19 di Melaka
Ubah saiz-+=