
Berita palsu boleh runtuhkan negeri – KM
AYER KEROH 17 Julai – Penularan berita palsu sepanjang tempoh pemulihan Covid-19 ini adalah musuh utama masyarakat, yang mampu meruntuhkan negeri dan negara, kata Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali.
Beliau berkata demikian bagi mengulas penularan berita palsu berkaitan penularan Covid-19 di negeri ini dan meminta agar pelajar tidak kembali semula ke sekolah.
Katanya, ekoran berita palsu tersebut, ramai pihak mendesak kerajaan negeri untuk menutup semua sekolah di Melaka, sedangkan perkara itu tidak berlaku seperti yang ditularkan.
“Saya mohon kepada semua rakyat Melaka agar tidak menularkan sesuatu yang tidak sahih dan palsu. Kita ada banyak pihak yang boleh dijadikan rujukan dan seperti kes Covid-19, mengapa tidak mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan Majlis Keselamatan Negeri Melaka?
“Perlu diingat jika sesuatu berita itu boleh mencetuskan panik, adalah lebih baik untuk tidak menyebarkannya. Ini kerana persepsi daripada berita palsu ini boleh meruntuhkan sesebuah negeri dan masyarakat.
“Janganlah disebabkan situasi panik seperti ini, ia akan melumpuhkan ekonomi kita yang hendak kita bina semula,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Polis Melaka Datuk Mat Kasim Karim dan Timbalannya, Datuk Sharul Laili Masduki.
Views:
Related


Berita Lain
MPHTJ ARAH PEMAJU HENTI OPERASI SUSULAN BANJIR LUMPUR
AYER KEROH 30 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengarahkan sebuah syarikat pemaju menghentikan kerja pembangunan susulan kejadian...
WRUR AYER KEROH: DEWAN TERBUKA RANCAKKAN AKTIVITI KOMUNITI SUNGAI PUTAT
AYER KEROH 30 April – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengadakan lawatan kerja bagi meninjau perkembangan pembinaan...
WRUR AYER KEROH: KARYA WARGA SMK MUNSHI ABDULLAH BANGKITKAN SEMANGAT KEPAHLAWANAN
AYER KEROH 30 April - Mural inspirasi bertemakan ‘Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat’ sentuhan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)...
KLIK DAN IMBAS: MAIM PERMUDAH KAEDAH BERSEDEKAH SECARA DIGITAL
PENGKALAN BATU 30 April - Hanya dengan satu klik dan imbas kod respon pantas (QR) tertera pada poster anda boleh...
DEKATI HAIWAN EKSOTIK DI MENARA TAMING SARI SABTU INI
AYER KEROH 30 April - Pengunjung singgah ke Menara Taming Sari berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat pelbagai jenis haiwan...
KOMITMEN BERTERUSAN MELAKA TANGANI RISIKO BANJIR
AYER KEROH 30 April - Komitmen Kerajaan Negeri untuk menangani risiko banjir diterjemahkan menerusi pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB)...
