
Kerajaan sentiasa pastikan kebajikan warga ATM terbela – PM
KUALA LUMPUR 16 Sept. – Kerajaan sentiasa memastikan kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbela dan disanjung atas khidmat bakti yang besar kepada negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menerusi hantaran di laman Facebook beliau bersempena Hari ATM ke-88 hari ini, Ismail Sabri berkata pengorbanan warga ATM selama ini amat besar dalam memastikan keselamatan rakyat dan kedaulatan tanah air terpelihara.
“Bukan sedikit dipertaruhkan demi negara, malah air mata, darah, keringat, hatta nyawa mereka sendiri.
Terima kasih kepada seluruh warga ATM atas pengorbanan yang tidak terhingga ini,” katanya.
Ismail Sabri berkata ATM juga sentiasa bersiap siaga menerusi pelaksanaan pelbagai eksesais yang bukan sahaja menguji ketahanan fizikal, taktikal, penggunaan aset, tetapi juga kesediaan mental para perwira ATM.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
FORUM 1 JIWA 1 IMPIAN PERKUKUH UKHUWAH ORANG MASJID TANAH
LENDU 19 Disember - Perkongsian ilmu menerusi Forum 1 Jiwa 1 Impian sempena Karnival Masjid Tanah: Kampung Kita mengeratkan lagi...
MELAKA TETAPKAN HAD MASA OPERASI PREMIS HIBURAN, BENDUNG MASALAH SOSIAL
AYER KEROH 18 Disember - Melaka menetapkan had masa bagi operasi premis hiburan di negeri ini dalam usaha membendung gejala...
UNIMEL LAKSANA INISIATIF MOBILITI HIJAU, KAMPUS LESTARI
KUALA LINGGI 18 Disember - Komitmen Melaka dalam memperkasa inisiatif hijua sekali lagi diterjemahkan merusi pengenalan perkhidmatan sewaan motosikal elektrik...
MELAKA HARAP USAHA ANGKAT MPHTJ BERSTATUS BANDARAYA DIREALISASIKAN
AYER KEROH 18 Disember - Kerajaan Negeri berharap agar Kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan kelonggaran terhadap kriteria sedia ada dalam usaha...
KEMBARA MOTOSIKAL 60KM PROMOSI KARNIVAL MASJID TANAH: KAMPUNG KITA
TANJUNG BIDARA 18 Disember - Kira-kira 200 motosikal berkonvoi sejauh 60 kilometer (km) merentasi lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)...
UPNM BAWA LIMPAHAN MANFAAT UNTUK SK TELOK MAS, SMK TUN TIJAH
TELOK MAS 18 Disember - Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Mas dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Tijah menerima pelbagai manfaat...

