UMNO Melaka turut dukacita nasib mangsa banjir

Masa Membaca:1 Minit, 49 Saat

MELAKA 16 Sept. – Badan Perhubungan UMNO Melaka menyerahkan sumbangan RM50,000 bagi membantu mangsa banjir yang terkesan dalam tragedi kepala air Gunung Jerai, Yan, Kedah, Ogos lalu.

Pengerusinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ia disampaikan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Parlimen Jerai.

Menurutnya, sumbangan bantuan itu diharap dapat meringankan beban mangsa yang kehilangan dan kerosakan harta benda akibat ditengelami banjir.

SEBAHAGIAN banjir lumpur Yan, Kedah menghadiri majlis penyerahan bantuan kepada mangsa oleh Badan Perhubungan UMNO Melaka yang berlangsung di BUDI, Kedah.

“UMNO Melaka turut berasa dukacita dan simpati dengan apa yang menimpa ke atas mangsa banjir dalam insiden pada 18 Ogos lalu.

“Selain bantuan kewangan, kita turut berdoa semoga semua mangsa diberi kekuatan semangat dan kesabaran dalam menghadapi ujian Yang Maha Esa,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).

Ab Rauf mengetuai program sehari rombongan Misi Bantuan Kemanusiaan Badan Perhubungan UMNO Melaka Kepada Mangsa Banjir ke Pahang yang terdiri seramai 60 orang.

Majlis penyerahan bantuan itu berlangsung di Badan Usaha Didikan Anak Yatim Negeri Kedah (BUDI) yang mana Badan Perhubungan UMNO Melaka turut menyumbang RM3,000 kepada pertubuhan kebajikan tersebut yang turut terkesan dalam kejadian banjir lumpur.

Sempena lawatan itu juga, delegasi turut melawat dua kampung yang terjejas dalam kejadian itu iaitu Kampung Yan dan Guar Cempedak yang didiami kira-kira 250 penduduk di situ.

FAIRUL Nizam (kiri) menyampaikan sumbangan kepada seorang mangsa banjir lumpur 18 Ogos lalu di Yan, Kedah.

Dalam kejadian fenomena kepala air pada 18 Ogos lalu, seramai enam mangsa terkorban dihanyutkan arus deras dan tragedi banjir lumpur itu turut menjejaskan kira-kira 800 rumah di Yan dan 200 di daerah Kuala Muda.

Ab Rauf yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berkata, pihaknya berharap sumbangan yang dihulurkan dapat membantu meringankan penderitaan dan kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh mangsa banjir ekoran tragedi yang berlaku.

AB Rauf menyampaikan sumbangan cek bernilai RM50,000 kepada Jamil Khir sempena Misi Bantuan Kemanusiaan Badan Perhubungan UMNO Melaka Kepada Mangsa Banjir ke Pahang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

381
Kongsi :
Previous post Kerajaan sentiasa pastikan kebajikan warga ATM terbela – PM
Next post Pulau Undan bakal diwarta taman laut
Ubah saiz-+=