
SOP ketat sewaktu DUN Melaka bersidang bermula esok
LENDU 19 Sept. – Prosedur operasi standard (SOP) ketat akan diamalkan sepanjang Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14 bermula esok hingga Khamis.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, antara langkah yang diambil ialah mewajibkan semua Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan petugas menjalani ujian saringan COVID-19 setiap hari bersidang.
Selain itu, katanya, tempat duduk di dalam dewan juga dijarakkan dengan ADUN bakal ditempatkan di tempat duduk ketua jabatan di bahagian atas.

“Sidang DUN Melaka akan berjalan sama seperti sidang Parlimen dengan mematuhi arahan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Pada masa sama, ‘air purifier’ juga akan diletakkan di dalam dewan memandangkan pendingin hawa di dewan adalah ‘centralized’ bagi memastikan pengudaraan lebih baik,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas mengenai tempoh masa bersidang yang dihadkan empat jam setiap hari, Sulaiman percaya ia cukup dan tidak akan mengganggu perjalanan persidangan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
FELDA HUTAN PERCHA JADI ‘KELAS DESA’ DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 11 Ogos - Felda Hutan Percha menjadi ‘kelas desa’ kepada 22 peserta dari 18 negara anggota African-Asian Rural...
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
KES ADIK EAN BUKTI MAIM ADA SAAT DIPERLUKAN
AYER MOLEK 11 Ogos - Ketika keluarga Muhammad Ean Mohd Faris, 3, buntu memikirkan kos pembedahan jantung anak mereka, Majlis...
GELAK TAWA EAN SEMBUNYI DERITA JANTUNG TERBALIK
AYER MOLEK 11 Ogos - Sekali pandang, Muhammad Ean Maleeq Mohd Faris, 3, sama seperti kanak-kanak lain yang lincah dan...
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
POPULARITI MELONJAK, MENARA TAMING SARI DIIKTIRAF TERBAIK DALAM MALAYSIA
AYER KEROH 11 Ogos - Populariti Menara Taming Sari terus mendapat pengiktirafan apabila mercu tanda ikonik pelancongan Melaka itu dinobatkan...
