
269,267 peniaga berdaftar direkodkan setakat 30 Jun
AYER KEROH 22 Julai – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merekodkan sejumlah 269,267 perniagaan berdaftar di negeri ini dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 setakat 30 Jun lalu.
Daripada jumlah itu, sebanyak 9,416 perniagaan milikan tunggal direkodkan masih aktif manakala, sebanyak 47,268 jenis perniagaan perkongsian yang masih aktif.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, pihak SSM tidak mengkategorikan pendaftaran itu sebagai kecil-kecilan (mikro), sederhana atau besar.
“Ini kerana semasa pendaftaran syarikat hanya menyatakan jenis perniagaan yang mereka akan jalankan sama ada secara pemilikan tunggal atau perkongsian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Gue Teck (DAP-Klebang) mengenai peniaga kecil yang berdaftar dengan SSM pada hari ketiga Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14 di Seri Negeri, hari ini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA BERSEDIA MENJADI LOKASI PENGANJURAN ‘LIMA’
KLEBANG 30 Ogos - Melaka bersedia memikul tanggungjawab sebagai tuan rumah Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) sekiranya diberikan...
FESTIVAL SUNGAI MELAKA BAKAL ‘GEGAR’ ALOR GAJAH
SERI NEGERI 30 Ogos - Festival Sungai Melaka 2026 bakal menggegarkan daerah Alor Gajah menerusi tiga program menarik di tiga...
INSAN SUMBANG BAKTI PERKASA SYIAR ISLAM TERIMA PENGIKTIRAFAN
KLEBANG 30 Ogos - Tidak semua insan yang berjasa berada di pentas atau dikenali masyarakat, namun sumbangan mereka dalam memperkasa...
MELAKA BERSELAWAT: MALAM PENUH KEBERKATAN, KEBERSAMAAN – AB RAUF
KLEBANG 30 Ogos - Ketika sambutan bulan kemerdekaan lazimnya diserikan dengan pelbagai acara dan kemeriahan, Melaka memilih pendekatan berbeza dengan...
10,000 UMAT ISLAM MERIAHKAN MELAKA BERSELAWAT
KLEBANG 30 Ogos - Lebih 10,000 umat Islam hadir menghidupkan Majlis Melaka Berselawat sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka...
BUSANA UNIK TARUHAN MPHTJ PERTAHAN KEJUARAAN PERBARISAN
KLEBANG 29 Ogos - Penampilan unik menerusi busana dan elemen hiasan berbeza menjadi taruhan kontinjen Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
