
“Selagi belum bubar saya buat kerja saya”
AYER KEROH, 22 Julai – Kerajaan negeri sentiasa bersiap siaga jika berlakunya pembubaran parlimen di negara ini.
Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md. Ali berkata, kerajaan negeri bersedia menunggu kepimpinan atasan termasuk perkenanan Yang di-Pertuan Agong sekiranya perkara itu berlaku.
“Jika nak bubar parlimen, saya tiada masalah, bubarlah, tapi terpulang kepada kebijaksanaan pimpinan atasan negara ini.
“Jika nak sangat bubar, perlu doa banyak-banyak, saya tunggu dan saya akan lepaskan jawatan ini, selagi belum bubar saya buatlah kerja saya.
“Jadi selagi kita punyai jawatan yang ada ini kita perlu bertanggungjawab dan amanah terhadap mandat rakyat,” katanya pada sesi pergulungan Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di Seri Negeri hari ini.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
