
Cadang kuih bakar diangkat sebagai kuih rasmi Melaka
GADEK 25 Julai – Makanan tradisional kuih bakar dicadang diangkat sebagai kuih tradisional rasmi Melaka untuk mengelakkan makanan tradisi itu dilupakan.
Justeru, Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata, kerajaan negeri berhasrat melaksanakan usaha tersebut dengan memperkenalkannya sebagai hidangan dalam jamuan di setiap program rasmi Melaka.
Ujarnya, perkara itu seharusnya dilaksanakan sebagai sebuah inisiatif bagi memberi peluang kepada setiap usahawan Bumiputera negeri ini menjana pendapatan.
“Kalau kerajaan tak mulakan dengan memperkenalkan kuih bakar ini, saya rasa ia mungkin
akan pupus suatu hari nanti.
“Jadi kita akan cuba bantu mengekalkannya dan kerajaan negeri akan memberi peluang kepada usahawan di Melaka bagi memperkenalkan produk-produk desa di dalam pasaran,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Lawatan Kerja Ketua Menteri di DUN Gadek, di sini tengah hari tadi.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar negeri Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan
Views:
Related


Berita Lain
200 BEKAS AHLI KEMBALI KE PANGKUAN UMNO MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 17 Mei - Hampir 200 bekas ahli parti kembali menyertai UMNO Bahagian Masjid Tanah, malam tadi. Kesemua mereka...
PRN MELAKA PASTI BERLAKU DALAM TEMPOH 120 HARI
TANJUNG BIDARA 17 Mei - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN)...
MASJID BAHARU MAKBUL IMPIAN KARIAH LESONG BATU
MACHAP JAYA 17 Mei – Setelah sekian lama bergantung kepada masjid di kampung bersebelahan, penduduk Lesong Batu kini bakal melakar...
MENARA TAMING SARI HIMPUNKAN 150 RIDER DGR 2026, BAWA MESEJ KESIHATAN LELAKI
BANDA HILIR 17 Mei - Lebih 150 penunggang motosikal klasik dan moden berhimpun di perkarangan Menara Taming Sari, di sini,...
WRUR KOTA LAKSAMANA: KESEJAHTERAAN RAKYAT KEUTAMAAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 17 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) adalah manifestasi kepada gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) lahir...
WRUR KOTA LAKSAMANA: SUARA RAKYAT PANDUAN PEMBANGUNAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 17 Mei - Sebanyak 2,474 daripada keseluruhan 3,664 aduan diterima sepanjang 15 siri Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat...
