
DUN Melaka – Pelantikan Dira sebagai Timbalan Speaker wanita pertama aspirasi buat wanita muda
SERI NEGERI 27 Dis – Pelantikan Datuk Khaidhirah Abu Zahar sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) wanita pertama Melaka memberi pembaharuan pada lanskap persidangan itu.
Khaidhirah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim berkata, pelantikan dirinya memegang jawatan itu adalah mandat dan tanggungjawab besar yang diamanahkan kepadanya.
Justeru itu, katanya beliau akan menyahut cabaran memegang jawatan itu sekali gus menggalas tanggungjawab dengan adil dan saksama.
“Saya anggap ini satu penghormatan untuk mengangkat pemimpin wanita terutama wanita muda
“(Pelantikan) ini memberi aspirasi kepada pemimpin wanita muda di luar sana bahawa apa jua kemungkinan, kita boleh perkasakan dengan lebih baik,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata beliau tidak menyangka dilantik sebagai Timbalan Speaker kerana menganggap ramai nama akan dicalonkan pada hari ini.
“Apabila terpilih dan mendapat persetujuan majoritu, ‘okay’ saya diberi peluang dan saya perlu ambil tanggungjawab ini.
“Sebenarnya pelantikan itu lebih kepada peluang untuk memartabatkan, proses mematangkan semua khususnya pemimpin muda,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KARNIVAL DEMI PAYA RUMPUT SATUKAN KOMUNITI DALAM SUASANA HARMONI
PAYA RUMPUT 15 Februari - Penganjuran Karnival Demi Paya Rumput menerima reaksi positif apabila rata-rata penduduk menyifatkannya sebagai medan terbaik...
TABUNG AMAL PENDIDIKAN ANAK-ANAK DUN PAYA RUMPUT DILANCARKAN
PAYA RUMPUT 15 Februari - Tabung Amal Pendidikan Anak-Anak Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput secara rasmi dilancarkan dengan kutipan...
BAWA SUARA, PERJUANG HAK OKU MELAKA
AYER KEROH 15 Februari - Suara dan hak orang kurang upaya (OKU) di negeri ini bakal diperjuangkan menerusi penubuhan Persatuan...
TRADISI LIMAU MANDARIN KUKUHKAN SILATURAHIM DI MASJID TANAH
LENDU 14 Februari - Sekotak limau mandarin sebagai tanda ingatan mencipta suasana penuh muhibah di Pekan Masjid Tanah. Inisiatif itu...
MELAKA PILIHAN PEMAJU HARTANAH
PAYA RUMPUT 14 Februari - Peningkatan jumlah syarikat pemaju perumahan yang bertapak di Melaka secara tidak langsung membuktikan negeri ini...
SURI RUMAH DI PAYA RUMPUT ‘DILINDUNGI’
PAYA RUMPUT 14 Februari - Suri rumah di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menjadi antara golongan yang mendapat...
