
Banjir : Sungai Melaka berstatus merah, aras air terus meningkat pagi ini
MELAKA 1 Jan – Paras air Sungai Melaka di Melaka Pindah dan Batu Hampar pagi ini terus berada pada status merah (bahaya), menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
JPS dalam kenyataannya memaklumkan paras Sungai Melaka di Melaka Pindah kini pada tahap 12.1 meter (m) melepasi aras bahaya 11.9m.
Manakala di Batu Hampar meningkat pada 2.67m berbanding 2.48m semalam.
Selain itu paras air di Sungai Kesang, Cheng D/S dan Sungai Duyong turut berada pada tahap amaran pagi ini.
Sungai Kesang di Telok Rimba setakat jam 7 pagi merekodkan bacaan aras air 3.58m menghampiri aras bahaya 3.7m, manakala Cheng D/S merekodkan bacaan 2.57m
Sementara, Sungai Duyong pula menunjukkan bacaan 1.44m menghampiri aras bahaya 1.80m.
Dalam kenyataannya, JPS meminta orang ramai sentiasa peka dan berwaspada serta mendapatkan amaran dan ramalan banjir terkini.
Bagi mendapatkan maklumat berkenaan kenaikan aras sungai di kawasan anda serta kadar lebat hujan dengan melayari, publicinfobanjir.water.gov.my
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BIARLAH SUMBANGAN INI MEMBAWA SENYUMAN – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 9 Februari - Selepas hampir dua dekad Kerajaan Negeri masih meneruskan inisiatif sumbangan perayaan, sekali gus membuktikan nilai...
SLOGAN MESRA BUKAN SEKADAR ATAS KAIN RENTANG
TANJUNG BIDARA 9 Februari - Menjaga kebajikan rakyat bukan hanya slogan semata-mata, tetapi bagi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
MBMB PANTAU ISU PARKIR BAZAR AIDILFITRI
AYER KEROH 9 Februari - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan mempertingkat pemantauan pengurusan parkir kenderaan di kawasan Bazar Aidilfitri...
MELAKA ANGKAT ‘IDEA BERANI’ ANAK MUDA – KM
BANDA HILIR 9 Februari - Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan idea anak muda sebagai penanda aras kepada lebih banyak program riadah...
FESTIVAL MAKANAN, SUKAN PERMOTORAN BERSKALA MEGA DI MELAKA OKTOBER DEPAN
BANDA HILIR 9 Februari - Kerajaan Negeri menjemput penganjur Food & Drift Festival untuk menganjurkan program berkonsep makanan dan sukan...
LEBIH 200,000 ‘GEGAU’ PULAU MELAKA
BANDA HILIR 8 Februari - Lebih 200,000 pengunjung menggegarkan Food & Drift Festival di Harbour Street, Pulau Melaka yang berlangsung...
