
Banjir: Hotel MITC tawar bilik RM90 buat mangsa di Melaka
AYER KEROH 2 Jan – Hotel MITC, di sini, menawarkan harga istimewa RM90 bagi mangsa-mangsa banjir negeri ini menginap buat sementara waktu.
Hotel berkenaan dalam satu kenyataan berkata, diskaun 70 peratus berbanding harga asal RM287 itu merupakan antara inisiatif ditawarkan bagi meringankan beban mangsa yang terkesan musibah banjir di Melaka.
“Semoga dengan pengurangan sehingga 70 peratus ini dapat meringankan beban sambil menginap dengan selesa bersama kami.
“Warga Hotel MITC juga mendoakan agar dipermudahkan segala urusan mangsa-mangsa banjir di negeri ini,” kata kenyataan tersebut.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Hotel MITC di talian 06-2331551.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
NADI BANTU USAHAWAN LUAR BANDAR BERJAYA
TELOK MAS 8 Mei - Kewujudan 1,099 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) terbukti membawa impak cukup besar kepada rakyat dalam...
NADI TAMAN SERI TELOK MAS DILANCARKAN
TELOK MAS 8 Mei - Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Seri Telok Mas menjadi yang terbaharu dibangunkan di negara...
TEATER AMAL: MANEK SULAMKAN SI-AYER MATA, INISIATIF BISTARI SOKONG PRODUK SENI MELAKA
KLEBANG 8 Mei - Pementasan Teater Amal: Manek Sulamkan Si-Ayer Mata antara inisiatif dilaksanakan Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat...
190 PUSAT KOMUNITI DESA DIAKTIFKAN BERSAMA ‘NADI’
TELOK MAS 8 Mei - Sebanyak 190 Pusat Komuniti Desa (PKD) di seluruh negara bakal diaktifkan untuk berfungsi menjadi seakan-akan...
PELAJAR KOLEJ KOMUNITI JASIN TEROKA DUNIA LOGISTIK
AYER KEROH 8 Mei - Seramai 30 pelajar Program Sijil Perkhidmatan Logistik (SLK) bersama dua pensyarah pengiring dari Kolej Komuniti...
WRUR AYER MOLEK: SELESAI ADUAN RAKYAT IKUT KATEGORI
AYER MOLEK 8 Mei - Aduan diterima sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek...
