
Zuraidin tarik diri tanding Presiden PSM
KOTA BHARU, 10 Feb – Presiden Gabungan Sepak Takraw Kelantan (GASTAK) Zuraidin Abdullah menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) diadakan Sabtu ini.
Selain jawatan presiden, Zuraidin berkata beliau juga memutuskan untuk tidak bertanding bagi mengisi mana-mana jawatan pada mesyuarat berkenaan.
“Saya ingin memaklumkan dan membuat keputusan tidak bertanding untuk merebut jawatan presiden PSM pada AGM Sabtu ini.
“Keputusan ini adalah bagi memberi laluan kepada Presiden Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PERSEWIP) Datuk Mohd Sumali Reduan untuk menerajui PSM,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zuraidin berkata keputusan menarik diri dibuat dengan mengambil kira semua perkara serta pandangan selain percaya dengan kewibawaan dan pengalaman Mohd Sumali untuk mentadbir badan itu dengan baik.
Zuraidin berkata GASTAK telah memutuskan untuk menyokong PSM bagi menangani segala isu sehingga persatuan itu dapat diterima semula oleh Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).
“Dengan keputusan ini juga saya akan memberi tumpuan lebih kepada GASTAK serta pembangunan sepak takraw di Kelantan,” katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
408 RAKAN INDUSTRI PERKUKUH PELUANG KERJAYA ANAK MELAKA – TPM
RIM 3 November - Jaringan kerjasama institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Melaka bersama 408 rakan industri merentasi...
PRN MELAKA: LIMA TAHUN BERKHIDMAT, BUKAN BARU 14 HARI CARI UNDI – TOK AJAK
TELOK MAS 3 November - Khidmat kepada rakyat tidak seharusnya bermusim atau hanya giat dilaksanakan ketika pilihan raya, sebaliknya perlu...
PELABURAN RM28.96 BILION BERPOTENSI WUJUDKAN 25,100 PEKERJAAN DI MELAKA – TPM
RIM 3 November - Pelaburan berjumlah RM28.96 bilion yang direkodkan Melaka sepanjang 2023 hingga 2025 berpotensi mewujudkan 25,100 peluang pekerjaan...
PRN MELAKA: AB RAUF PERJELAS PUNCA PROJEK TERBENGKALAI, SEDIA BANTU PULIHKAN
AYER MOLEK 3 November - Projek pembangunan terbengkalai di Melaka mempunyai latar belakang dan punca berbeza, sekali gus memerlukan pendekatan...
PRN MELAKA: MISI MENANG 25 KERUSI, BN-PN MAHU LUASKAN PENGUASAAN
AYER MOLEK 3 November - Barisan Nasional (BN) menyasarkan peningkatan penguasaan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 21 kepada 25...
PRN MELAKA : CALON PRN MELAKA PERLU BERKEMPEN SECARA BERSIH – AHMAD ZAHID
RIM 3 November - Semua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 diminta berkempen secara baik dan...
