
Tahanan positif COVID-19 meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi – Bukit Aman
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata OKT berkenaan mengalami demam dan muntah serta disahkan positif wabak COVID-19, dihantar ke hospital berkenaan pada 16 Feb untuk rawatan lanjut.
“OKT sebelum ini ditumpangkan sementara dalam lokap polis ekoran penularan COVID-19 di penjara. Punca kematian OKT berkenaan masih tidak diketahui dan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian dalam Tahanan JIPS akan menjalankan siasatan.
“OKT berusia 43 tahun itu sebelum ini ditahan pada 21 Jan lepas oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, Johor yang disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azri berkata OKT telah dituduh di mahkamah pada 25 Jan lepas dan jamin telah ditawarkan namun OKT gagal sediakan penjamin menyebabkan OKT diperintahkan menjalani tahanan reman penjara.
Beliau berkata tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 1 Feb lepas dan akan dibicarakan pada 28 Feb ini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUN AYER LIMAU: AGAMA SUBUR, PERPADUAN MEKAR
AYER LIMAU 30 September - Aspek keagamaan dan kerohanian menjadi antara asas penting dalam memastikan pembangunan masyarakat di Dewan Undangan...
CHIKO JADI ‘GURU’ ZOO MELAKA PERKASA PEMBIAKAN HARIMAU MALAYA
AYER KEROH 30 September - Pengalaman bersama Harimau Malaya jantan, Chiko dalam program pembiakan dalam kandang (MyBIT) kini menjadi 'ilmu'...
WANITA CERIA LUBOK CHINA CIPTA TART NASI LEMAK, KUIH LOPES
AYER LIMAU 30 September - Bermula daripada kebosanan selepas pulang ke kampung, lima wanita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
MPJ BAWA ASPIRASI BANDAR PINTAR JASIN KE PENTAS DUNIA
JASIN 30 September - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) membawa aspirasi pembangunan Jasin Smart City 2035 ke pentas antarabangsa menerusi penyertaan...
TAPEM SALUR RM8 JUTA BANTUAN PENDIDIKAN SETAKAT OGOS
AYER KEROH 30 September - Dianggarkan sebanyak RM8 juta daripada RM12 juta peruntukan tahunan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)...
DUN AYER LIMAU SEMAKIN BERCAHAYA
AYER LIMAU 29 September - Ayer Limau kini lebih 'bercahaya' apabila lebih 90 lampu dipasang di seluruh kawasan itu bagi...
