
Tiga lelaki warga Afrika bergaduh kerana hutang
KOTA LAKSAMANA 2 Mac – Perselisihan faham akibat hutang dipercayai menjadi punca pergaduhan tiga lelaki warga Afrika dalam kejadian di parkir kereta sebuah pangsapuri di Jalan Ong Kim Wee semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Raiz Mukhlis Azman Aziz ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang berlaku pada jam 11 pagi itu.
Katanya, pergaduhan dipercayai berkaitan hutang dan menyebabkan seorang daripada tiga lelaki warga Afrika itu cedera akibat dilibas dengan parang.
“Suspek yang cedera menerima rawatan di Hospital Melaka (HM) manakala seorang lagi berusia 43 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
“Usaha sedang dijalankan untuk mengesan seorang lagi suspek dipercayai melarikan diri,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah dengan senjata.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RUMAH TERBUKA TAHUN BAHARU CINA PERTEMBUNGAN ‘UNIK’ ERAT PERPADUAN
KLEBANG 4 Mac - Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2026 Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung malam tadi mencerminkan keharmonian...
BANJIR: MELAKA MOHON RTB AYER SALAK
PAYA RUMPUT 4 Mac - Melaka memohon satu lagi projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Sungai Ayer Salak dalam usaha...
MPAG KONGSI REZEKI RAMADAN
REMBIA 4 Mac – Keprihatinan terhadap masyarakat setempat terus dizahirkan apabila sebanyak 1,200 bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai di...
MELAKA PERUNTUK RM78.67 JUTA UNTUK KEBAJIKAN RAKYAT
KLEBANG 4 Mac - Peruntukan kebajikan rakyat Melaka terus meningkat saban tahun, sekali gus mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri menghulur tangan...
LEBIH 3,000 MERIAHKAN TAHUN BAHARU CINA BERKONSEP MELAKA SAYANG RAKYAT
KLEBANG 4 Mac - Lebih 3,000 masyarakat berbilang kaum memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2026 Peringkat Negeri Melaka...
PERPADUAN ASAS ‘KELUARGA BESAR MELAKA’
KLEBANG 4 Mac - Melaka terus menjadi contoh terbaik sebagai negeri yang memiliki perpaduan dan keharmonian yang utuh apabila sesebuah...

