
Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia bantu realisasikan hasrat pelajar luar bandar ke IPT – PM
BERA,13 Mac – Program Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dapat membantu merealisasikan hasrat pelajar luar bandar dan pedalaman ke menara gading, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata dengan program turun padang yang bakal diadakan di 50 lokasi di seluruh negara itu, golongan berkenaan dapat didekati sekali gus memudahkan urusan mereka melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).
“Malah, jelajah pendidikan ini dapat membantu pelajar yang mempunyai masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran dengan sumbangan dihulurkan daripada pelbagai agensi.
“Kita juga fokus untuk bantu golongan ini kerana ada kalanya status dan latar belakang keluarga tidak mengizinkan mereka lanjutkan pengajian, jadi kita cuba bantu menerusi jelajah ini.
“Saya juga menyeru supaya agensi kerajaan, syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menyumbang supaya lebih ramai pelajar miskin dan tidak berkemampuan dapat dibantu untuk menyambung pengajian,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian JPKM di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MOOD MERDEKA BERMULA DARI PINTU GERBANG, MPHTJ HIAS LALUAN MASUK KE MELAKA
AYER KEROH 15 Ogos - Aspek kebersihan dan landskap sepanjang laluan masuk ke Melaka diberikan perhatian oleh Majlis Perbandaran Hang...
LPM TERIMA LEBIH 200 PERMOHONAN BAGI PROGRAM MELAKA RUMAHKU
AYER KEROH 15 Ogos - Lebih 200 permohonan diterima Lembaga Perumahan Melaka (LPM) membabitkan bina baru dan baik pulih kediaman...
PERZIM AJAK RAKYAT MALAYSIA HAYATI ERTI KEMERDEKAAN
AYER KEROH 15 Ogos - Bagi membangkitkan semangat cintakan negara dan patriotisme Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengatur pelbagai pengisian serta...
KEJOHANAN EMPAT PENJURU, MEDAN MELAKA FC UJI KESERASIAN PEMAIN
BANDA HILIR 14 Ogos - Kejohanan Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 menjadi medan penting buat Melaka FC...
MAIM BAIK PULIH LIMA PREMIS TERBIAR DALAM KAWASAN TAPAK WARISAN
AYER KEROH 14 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengambil tindakan segera dengan memberi nafas baharu kepada lima premis...
MELAKA FC ANJUR KEJOHANAN EMPAT PENJURU SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG DI-PERTUA NEGERI
BANDA HILIR 14 Ogos - Melaka FC menyasarkan penganjuran The Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 sebagai acara...
