
Polis potong elektrik premis judi dalam talian
AYER KEROH 28 Ogos – Polis negeri ini bertindak memotong bekalan elektrik di tujuh premis dipercayai terbabit dalam judi dalam talian di sekitar Melaka Tengah, di sini, semalam.
Tindakan pemotongan itu dilakukan sepasukan polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam Op Dadu antara jam 10 pagi hingga 5 petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, kesemua premis itu dipercayai terbabit dalam kegiatan judi dalam talian.
“Ada diantara premis itu yang berselindung sebalik kedai makan dan serbaneka.
“Premis ini disyaki menjalankan aktiviti perjudian tambah nilai kad prabayar,” katanya.
Menurut beliau, tindakan ini diambil bagi memastikan aktiviti perjudian di negeri Melaka khususnya dapat dibanteras.
“Sehingga kini, sebanyak 33 premis sudah diambil tindakan pemotongan bekalan elektrik.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953,” katanya.
Views:
Related
Berita Lain
PESAKIT KANSER TERLANTAR TERHARU TERIMA BANTUAN MAIM
DURIAN TUNGGAL 14 Oktober - Sudahlah jatuh, ditimpa tangga. Itulah gambaran mengenai nasib Mohd Shaiful Reduwan Mohd Said, 43. Hidup...
PMR 2025 MELAKA LAIN DARIPADA YANG LAIN
AYER KEROH 14 Oktober - Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 yang bakal berakhir di Melaka pada 17 hingga 19 Oktober...
WRUR: DEEPAVALI LEBIH CERIA, 140 WARGA PARLIMEN TANGGA BATU DIHARGAI
KLEBANG 14 Oktober – Seramai 140 penerima diraikan menerusi agihan sumbangan berjumlah RM28,000 sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kebajikan...
AGENSI SEHENTI CMI TANGANI IKLAN HARAM
AYER KEROH 14 Oktober - Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) menubuhkan agensi sehenti (one-stop agency) bagi menyelaras permohonan dan pengurusan...
LONGKANG MONSUN MBMB LERAI DILEMA BANJIR TAMAN KRUBONG PERDANA
PAYA RUMPUT 14 Oktober - Isu banjir yang membelenggu penduduk di sekitar Taman Krubong Perdana akhirnya menemui penyelesaian menerusi pelaksanaan...
KENDURI RAKYAT BERSAMA PMX ANTARA TARIKAN DI PMR 2025 MELAKA
MERLIMAU 14 Oktober - Rakyat Melaka berpeluang untuk menikmati Kenduri Rakyat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada kemuncak...