
Acara tahunan menjelang sambutan Ambang Kemerdekaan
BANDA HILIR 30 Ogos – Program Voluntourism Semarak Pelancongan, Seni dan Budaya bakal menjadi program tahunan menjelang sambutan Ambang Kemerdekaan, di negeri ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, program anjuran bersama Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) itu dijangka akan menarik lebih ramai pelancong ke Melaka.
“Saya harap akan dijadikan program tahunan sebelum menyambut Merdeka, berbagai acara seperti kacau dodol akan menarik perhatian ramai.
“Bila ada acara seperti ini ‘hari ribut- ribut’ pelancong ramai akan datang kerana kemeriahan suasana,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program itu di Muzium Rakyat, di Jalan Kota, di sini.
Terdahulu, beliau turut melancarkan Buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka dan hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis.
Mengulas lanjut Sulaiman berkata, buku itu adalah hasil daripada penganjuran Festival Masakan Warisan Melaka yang diadakan Perzim sejak 2004 sehingga 2020.
“Buku ini mengandungi 112 resepi yang terdiri daripada pelbagai etnik di Melaka antaranya Melayu, Portugis, Baba Nyonya serta Chetti,” katanya.
Terdahulu, beliau turut meluangkan masa mendeklamasikan sajak bertajuk ‘Melaka Menggamit Dunia’.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA PERLUAS GERAN PIDATO, HARGAI KEGIGIHAN SEKOLAH DAN INSTITUSI PENDIDIKAN
AYER KEROH 15 September - Melaka memperluas Geran Penyertaan Tertinggi Pertandingan Pidato Rukun Negara hingga tempat ketiga sebagai penghargaan kepada...
PIDATO RUKUN NEGARA SEMAKIN SUBUR, CATAT 10,494 PENYERTAAN TAHUN INI
AYER KEROH 15 September - Penghayatan anak-anak muda Malaysia terhadap Rukun Negara semakin semakin subur apabila seramai 10,494 peserta mengambil...
WARGA EMAS PUJI JIWA RAKYAT TOK RAUF, DOA TERUS PIMPIN MELAKA
TANJUNG BIDARA 15 September - Bukan setiap hari berpeluang bersemuka dengan pemimpin negeri, namun bagi dua warga emas dari Lubok...
ANAK CEMERLANG UPKK: BAPA OKU, IBU BERKERUSI RODA TERHARU SOKONGAN TOK RAUF
TANJUNG BIDARA 15 September - Di sebalik kejayaan seorang anak memperoleh keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK), tersimpan...
WRUR TANJUNG BIDARA ‘HIDUPKAN’ WARISAN, DONDANG SAYANG TARIK MINAT ANAK MUDA
TANJUNG BIDARA 15 September - Warisan bukan sekadar untuk dikenang, sebaliknya perlu terus dihidupkan dan diperkenalkan kepada generasi baharu supaya...
WRUR TANJUNG BIDARA: MAJLIS ILMU JADI SANTAPAN ROHANI JEMAAH UJONG PADANG
TANJUNG BIDARA 14 September - Menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola bukan sekadar menyebut nama Baginda, sebaliknya keperibadian dan akhlaknya perlu...


