
Malaysia, Indonesia sepakat perkasa Bahasa Melayu
JAKARTA, 1 April – Malaysia dan Indonesia akan terus sama-sama memperkasakan bahasa rumpun Melayu yang berkemungkinan dijadikan sebagai Bahasa ASEAN satu hari nanti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Kedua negara sepakat untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara di setiap persidangan antarabangsa.
“Kita berterima kasih kepada Bapak Presiden kerana bersetuju dengan Malaysia untuk memperkasakan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa serumpun,” kata perdana menteri.
Menurutnya Bahasa Melayu digunakan secara meluas di Malaysia, Indonesia, Brunei, Selatan Thailand, Kemboja dan Filipina.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Presiden Indonesia Joko Widodo selepas menyaksikan majlis permeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) di Istana Merdeka, di sini, hari ini.
Menyentuh isu serantau, Ismail Sabri berkata kedua-dua negara bersetuju isu Rohingya perlu diselesaikan secara dalaman oleh kerajaan Myanmar sendiri, dan menurutnya ia adalah isu besar bagi Malaysia memandangkan ketika ini terdapat 200,000 orang pelarian Myanmar Rohingya di Malaysia.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
EKONOMI BIRU BUKA 10,000 PELUANG PEKERJAAN UNTUK ANAK MELAKA
KUALA LINGGI 30 Julai - Projek Kuala Linggi International Port (KLIP) dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi biru negeri apabila...
PELABUHAN ANTARABANGSA KUALA LINGGI CAPAI KEMAJUAN LEBIH 10 PERATUS
KUALA LINGGI 30 Julai - Projek Kuala Linggi International Port (KLIP) terus menunjukkan perkembangan positif apabila kerja-kerja penambakan laut berjaya...
55,000 PEMILIK HARTA TERIMA EBILL MPAG
ALOR GAJAH 30 Julai - Seramai 55,000 pemilik harta di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) kini boleh menikmati...
MELAKA BUKA LALUAN KERJAYA PENERBANGAN BUAT ANAK B40
KESIDANG 30 Julai - Seramai 20 anak Melaka daripada golongan B40 menerima tajaan latihan bernilai hampir RM10 juta daripada International...
WARGA EMAS SEBAK, RUMAH UZUR DIGANTI BAHARU
PAYA RUMPUT 30 Julai - Seorang warga emas tidak dapat menahan sebak apabila hasrat untuk menghuni kediaman yang lebih selesa...
MELAKA BUKA PENTAS HARGAI ANAK MUDA, SEPTEMBER INI
DURIAN TUNGGAL 30 Julai - Kerajaan Negeri akan menganjurkan Karnival Anak Muda Melaka buat julung kalinya pada awal September depan,...


