
Melaka kecundang di laman sendiri
KELAB Bolasepak Melaka United (Melaka United FC) gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila tewas 0-1 di tangan Sabah FC di Stadium Hang Jebat, di sini malam tadi.
Gol kemenangan pelawat dijaringkan Taesu Park pada minit ke- 24 dalam aksi sengit sepanjang 90 minit permainan.
Sepanjang perlawanan, skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu melakukan serangan demi serangan ke atas gawang Melaka.
Melaka turut mendapat beberapa peluang dan cubaan pada babak pertama namun gagal mematahkan kubu pertahanan Sang Badak.
Bersambung babak kedua, Melaka lebih agresif dan melakukan banyak cubaan namun masih gagal menepati sasaran.

Kedudukan 0-1 itu kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
Melaka United dijadual menentang Kuala Lumpur City FC pada Sabtu, 9 April ini di Stadium Kuala Lumpur, Cheras.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TERENDAK BERSELAWAT SATUKAN 3,000 JIWA, HATI
SUNGAI UDANG 31 Julai - Alunan qasidah dan selawat bergema mengisi ruang Pavilion Kem Terendak apabila dianggarkan 3,000 umat Islam...
MAIM SANTUNI KELUARGA MANGSA NAHAS IMTIYAZ ULUL ALBAB
MASJID TANAH 30 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Skuad Agihan Zakat (SAZ) tampil menyantuni keluarga pelajar Sekolah...
EKONOMI BIRU BUKA 10,000 PELUANG PEKERJAAN UNTUK ANAK MELAKA
KUALA LINGGI 30 Julai - Projek Kuala Linggi International Port (KLIP) dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi biru negeri apabila...
PELABUHAN ANTARABANGSA KUALA LINGGI CAPAI KEMAJUAN LEBIH 10 PERATUS
KUALA LINGGI 30 Julai - Projek Kuala Linggi International Port (KLIP) terus menunjukkan perkembangan positif apabila kerja-kerja penambakan laut berjaya...
55,000 PEMILIK HARTA TERIMA EBILL MPAG
ALOR GAJAH 30 Julai - Seramai 55,000 pemilik harta di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) kini boleh menikmati...
MELAKA BUKA LALUAN KERJAYA PENERBANGAN BUAT ANAK B40
KESIDANG 30 Julai - Seramai 20 anak Melaka daripada golongan B40 menerima tajaan latihan bernilai hampir RM10 juta daripada International...
