
Jalan gelap kini terang
AYER LIMAU, 6 Mac – Keluhan pendudukan setempat mengenai Jalan Deli Awal di Kampung Ayer Limau, di sini, yang gelap diatasi dengan pemasangan dua unit lampu solar sebagai penyelesaian jangka pendek.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, masalah laluan gelap itu sudah lama berlarutan berikutan lokasi terbabit yang tidak mempunyai tiang elektrik, Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Sebelum ini kejadian jenayah seperti ragut pernah dilaporkan berlaku di laluan itu, jadi kami ambil inisiatif pasang lampu solar yang ditumpangkan pada tiang milik Telekom Malaysia (TM).
“Kami akan berusaha mencari penyelesaian jangka panjang bagi memberikan keselesaan kepada penduduk kerap menggunakan laluan ini,” katanya ketika dihubungi.
Proses memasang lampu yang setiap satu bernilai RM450 itu dijalankan, baru-baru ini dengan dipantau sendiri oleh Hameed.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR KOTA LAKSAMANA: ZIARAH KASIH BAWA SINAR BUAT RAKYAT MEMERLUKAN
KOTA LAKSAMANA 22 Mei - Penerima bantuan Program Cakna Kebajikan: Ziarah Kasih sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
PPSPM OPTIMIS MELAKA RIVER CRUISE CAPAI SASARAN 14 JUTA PENGUNJUNG
BANDARAYA MELAKA 22 Mei - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) optimis mencapai sasaran 14 juta pengunjung bagi perkhidmatan...
MELAKA SASAR TAMBAH ‘NADI’ DI KAWASAN PADAT PENDUDUK
KOTA LAKSAMANA 22 Mei - Melaka menyasarkan untuk menambah 10 lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di kawasan dengan kepadatan...
KRT JADI ‘JAMBATAN’ BANTU KEBAJIKAN PENDUDUK MEMERLUKAN
PAYA RUMPUT 22 Mei – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bukan sahaja memainkan peranan sebagai penggerak keselamatan komuniti dan memupuk perpaduan,...
WRUR KOTA LAKSAMANA: PEMBANGUNAN SUNGAI MELAKA FASA 2 BERI MANFAAT BESAR
KOTA LAKSAMANA 22 Mei - Projek Pembersihan dan Pengindahan Sungai Melaka Fasa 2 di River Water Treatment Plant (RWTP) Kampung...
AIDILADHA: MELAKA ANJUR JUALAN RAHMAH MADANI DI 96 LOKASI
AYER KEROH 22 Mei - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka akan melaksanakan Program Jualan Rahmah...
