
Dua lagi penyelam ditemui selamat, seorang masih hilang
MERSING 9 April – Dua penyelam yang dilaporkan hilang di Pulau Tokong Sanggol, di sini, ditemui selamat.
Memetik laporan The Star, dua penyelam itu ialah Adrian Peter, 46, dan Alexia Alexandra, 18 yang ditemui nelayan kira-kira jam 2 pagi tadi.
Difahamkan, kedua-dua mereka kini sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Pasir Gudang.
Dengan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini tertumpu kepada pencarian mangsa terakhir iaitu Nathan Renze, 14 yang merupakan anak kepada Adrian.
Sebelum ini, media melaporkan empat penyelam warga asing hilang semasa melakukan aktiviti selaman berhampiran Pulau Tokong Sanggol.
Bagaimanapun, seorang daripada mereka Kristine Grode, 35 yang juga jurulatih selam berkenaan ditemui selamat pada Khamis (7 April).
Kristine yang juga warganegara Norway ditemui terapung 55 kilometer daripada tapak selaman oleh sebuah ‘tugbot’ yang sedang dalam perjalanan dari Indonesia ke Thailand.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA HIDUPKAN PERMAINAN TRADISIONAL DENGAN SENTUHAN MODEN
TELOK MAS 14 Ogos - Usaha menghidupkan semula permainan tradisional menerusi pendekatan lebih kreatif dan moden menjadi antara inisiatif unik...
ANAK SELANDAR CIPTA NAMA DALAM SUKAN PARA
DUYONG 14 Ogos - Kehilangan kaki dalam kemalangan jalan raya 17 tahun lalu tidak mematahkan semangat T. Yuvarajah untuk terus...
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
