
Malindo Air: Penerbangan Melaka-Pulau Pinang mula 1 Oktober ini

AYER KEROH 5 Sept.- Malindo Air akan memulakan penerbangan Melaka-Pulau Pinang-Melaka bermula 1 Oktober ini hasil kemaskini jadual penerbangan laman sesawang syarikat tersebut semalam.
Perkara tersebut turut dikongsi oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali menerusi hantaran di Facebook rasmi miliknya.
Sebelum ini, kerajaan negeri menjangkakan Malindo Air memulakan semula operasi penerbangan Melaka-Pulau Pinang bermula Oktober ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur Melaka Datuk Roslan Ahmad berkata, perancangan itu bagi memastikan permintaan penumpang mencapai sasaran ditetapkan Malindo Air.
“Penerbangan Malindo Air yang dijangkakan beroperasi bulan September ini terpaksa ditangguhkan disebabkan ‘demand’ (permintaan) daripada masyarakat masih rendah daripada yang dijangkakan,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA LAKSANA PROJEK MITIGASI BANJIR LEBIH RM161 JUTA DI DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 27 Rumput - Kerajaan Negeri komited menangani isu banjir kerap melanda beberapa lokasi di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
859 KETUA ISI RUMAH TERJEJAS BANJIR TERIMA BANTUAN
PAYA RUMPUT 27 Julai - Seramai 859 ketua isi rumah terjejas akibat banjir kilat di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN)...
MELAKA LAKSANA PROJEK RM7 JUTA KURANGKAN RISIKO BANJIR KILAT DI DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 27 Julai - Sebanyak RM7 juga diperuntukan bagi melaksanakan langkah segera mengatasi banjir kilat sekitar Dewan Undangan Negeri...
91,000 WARGA PAYA RUMPUT RASAI KASIH SAYANG TOK RAUF
PAYA RUMPUT 27 Julai - Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap suara rakyat...
RM150,000 LAMBANG KASIH SAYANG TOK RAUF UNTUK ORANG PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 27 Julai - Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM150,000 menerusi Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat bagi melaksanakan pelbagai...
MELAKA DIGITALKAN 11,524 PLOT KUBUR
PAYA RUMPUT 27 Julai - Melaka terus mengorak langkah dalam agenda pendigitalan apabila inisiatif Kubur Digital yang diperkenalkan buat kali...
