MAIM tingkatkan usaha pembayaran zakat

KOTA LAKSAMANA 5 Sept. – Kerajaan negeri dalam usaha untuk meningkatkan sumber kutipan zakat termasuk menggalakkan kakitangan kerajaan mahupun swasta yang bertugas di Melaka untuk melaksanakan rukun Islam keempat itu.

Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Md Rawi Mahmud berkata negeri ini adalah negeri kedua paling rendah hasil pungutan zakat setiap tahun selepas Perlis.

“Sekarang ini, saya difahamkan belum sampai 50 peratus kakitangan beragama Islam yang membayar zakat.

“Jika semua mereka atau sekurang-kurangnya 80 peratus daripada mereka membayar zakat, pungutan zakat di negeri akan meningkat naik,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Melaka kali ke-46/2020 di Hotel Tun Fatimah Riverside di sini hari ini.

Beliau mewakili Ketua Menteri yang juga Pengerusi MAIM, Datuk Haji Sulaiman Md Ali untuk merasmikan mesyuarat berkenaan yang turut dihadiri Pengerusi PERKIM Bahagian Melaka, Datuk Haji Abu Pit.

Mengulas lanjut, Md Rawi selain itu wakalah iaitu dasar pengembalian zakat oleh MAIM kepada pembayar zakat untuk diagihkan kepada golongan asnaf yang layak turut dilaksanakan.

Jelasnya, ia bagi menggalakkan individu atau syarikat swasta yang bekerja di negeri ini atau bekerja di luar Melaka untuk melaksanakan pembayaran itu.

“Kita meletakkan syarat kalau pembayar zakat sama ada individu mahupun syarikat membayar RM50,000 ke atas, mereka boleh mendapat wakalah.

“Ia adalah pulangan balik kepada pembayar zakat dalam nisbah tertentu, jadi kita akan bayar minima 1.48 peratus, maksimum 3.8 peratus daripada jumlah zakat yang dibayar.

“Kita sudah menerima hasil pembayaran zakat secara wakala ini daripada Negeri Johor,” katanya.

Beliau berkata, kutipan zakat pada tahun ini agak terkesan berbanding tahun lalu berikutan pandemik Covid-19.

Views:

5

Share and Enjoy !

Shares
Previous post Malindo Air: Penerbangan Melaka-Pulau Pinang mula 1 Oktober ini
Next post ‘Ular sawa menyerang lagi’