
Agong berbuka puasa bersama 1,600 umat Islam
BUKIT PALAH 22 April – Seramai 1,600 umat Islam diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa bersama Yang di Pertuan Agong (YDPA) Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Dataran Pusat Islam, di sini sebentar tadi.
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan puteri bongsu baginda Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah turut meluangkan masa berbuka puasa pada majlis itu.
Ketibaan Al Sultan Abdullah pada jam 7 malam disambut Yang di-Pertua negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan barisan EXCO kerajaan negeri.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kemudiannya berkenan menunaikan solat Maghrib di Masjid Al-Azim.
Turut diraikan dalam program sama adalah 200 asnaf termasuk anak yatim dibawah kendalian Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan barisan guru Sekolah Rendah Agama (SRA) serta Tadika Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SETIAP INISIATIF DILAKSANAKAN PBT PERLU UTAMAKAN RAKYAT MELAKA
AYER KEROH 16 Januari - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini diminta supaya terus memperkukuh peranan sebagai barisan hadapan...
2,775 ORANG MELAKA TERPEDAYA JENAYAH SIBER TAHUN LALU
AYER KEROH 15 Januari - Jenayah siber di Melaka masih menunjukkan angka membimbangkan apabila seramai 2,775 mangsa telah direkodkan membabitkan...
KSN SERU TINGKATKAN KOMUNIKASI, KURANGKAN “BAHASA PUTRAJAYA”
PUTRAJAYA 15 Januari - Aspek komunikasi kerajaan perlu dipertingkatkan agar semua inisiatif dilaksanakan difahami sepenuhnya rakyat, kata Ketua Setiausaha Negara...
OPERASI TAMAN INSPIRASI: MPHTJ INDAHKAN KAWASAN ‘BACKLANE’
AYER KEROH 15 Januari - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) terus memperhebat usaha mengindahkan kawasan pentadbirannya menerusi Operasi Taman...
POLIS JASIN BURU INDIVIDU PECAH MASUK KEDIAMAN PENGURUS PUSAT KECANTIKAN
JASIN 15 Januari - Polis sedang memburu tiga individu yang disyaki terbabit dalam kejadian pecah rumah dan melarikan sejumlah mata...
AB RAUF HORMATI KEPUTUSAN DR. AKMAL, PERTIMBANG TERIMA ATAU TOLAK PELETAKAN JAWATAN
AYER KEROH 15 Januari - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menghormati keputusan Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh...
