
Agong zahir ucapan Selamat Hari Tentera Laut Ke-88
KUALA LUMPUR, 27 April – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-88 kepada seluruh warganya.
Menurut catatan di Facebook Istana Negara hari ini, ucapan berkenaan turut ditujukan Al-Sultan Abdullah kepada veteran dan semua yang pernah berkhidmat dengan TLDM.
“Jasa, khidmat dan bakti TLDM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan perairan negara amat dihargai dan disanjungi.
“Semoga TLDM terus menjadi sebuah angkatan laut yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa. Syabas dan tahniah,” titah baginda.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA MOHON TIGA BALAI BOMBA BAHARU
PAYA RUMPUT 29 Jun – Melaka akan memohon kepada Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan tiga lagi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)...
LAMAN BROMELIAD TINGKAT IMEJ MELAKA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN KREATIF, LESTARI
BANDA HILIR 29 Jun – Laman Bromeliad yang dibangunkan di Taman Bunga Merdeka dijangka menjadi antara produk pelancongan baharu di...
MALIM UPTOWN LUBUK REZEKI USAHAWAN
KESIDANG 29 Jun – Pembukaan Malim Uptown bakal menjadi satu lagi platform penting dalam memperkasa golongan usahawan dan peniaga kecil...
30 PROGRAM RAKYAT GEGAR WRUR SERKAM
SERKAM 29 Jun - Sebanyak 30 program telah disusun sepanjang penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri...
PESANAN TOK RAUF JADI AZIMAT BERMAKNA BUAT ANAK MUDA MELAKA
MERLIMAU 29 Jun - Pesanan dan amanat yang disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kepada peserta Program...
RENTAK PERAHU NAGA SERLAH MAGIS SUNGAI MELAKA
BANDA HILIR 28 Jun – Penganjuran Perlumbaan Perahu Naga 2026 terus memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan apabila berjaya menarik...
