Sorting by

×

Melaka teliti cadangan beri faedah kesihatan kepada wartawan sambilan

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

BANDARAYA MELAKA 27 April – Kerajaan negeri sedia meneliti cadangan untuk memberikan bantuan faedah kesihatan kepada wartawan sambilan di negeri ini.

EXCO Kesihatan Negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, perkara itu akan dibawa kepada Perbadanan Melaka Holdings (PMH) dalam meneliti mekanisme terbaik memberi diskaun khas kepada pengamal media menerima rawatan di hospital swasta.

Beliau berkata, cadangan tersebut dilihat cukup relevan dalam situasi industri media masa kini yang menyaksikan syarikat media lebih cenderung menggaji wartawan sambilan tanpa memberikan faedah tertentu.

“Sama seperti JPKK (Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung) yang menerima faedah kesihatan di hospital swasta, saya fikir cadangan ini juga boleh dibawa kepada pengamal media di negeri ini.

“Saya akan membawa isu berkenaan terlebih dahulu kerana faedah kesihatan ini memerlukan satu garis panduan tertentu yang sesuai.

“Jika berjaya, insya-Allah pengamal media akan diberikan diskaun faedah kesihatan sekiranya menerima rawatan di hospital swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Moreh Pengamal Media Melaka (PENDIKA) bersama YB Dr Muhamad Akmal Saleh di pesisir Sungai Melaka, malam tadi, yang turut dihadiri Pengerusi PENDIKA Amir Mamat.

Mengulas mengenai penganjuran program itu, Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, media memainkan cukup penting dalam menyalurkan maklumat secara terus kepada rakyat.

“Malah, boleh saya katakan 70 peratus kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini adalah disumbangkan oleh pengamal media.

“Terima kasih saya ucapkan dan insya-Allah segala cadangan dan bantuan yang diperlukan akan kita bantu sebaiknya,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

837
Kongsi :
Previous post Cadang bina balai bomba baharu di Asahan
Next post Agong zahir ucapan Selamat Hari Tentera Laut Ke-88
Ubah saiz-+=