
TYT terima bayaran zakat perniagaan lebih RM5 juta
SERI NEGERI 27 April – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM5,603,630.28 daripada 14 agensi dan syarikat korporat.
Tun Mohd Ali, menerima serahan itu pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan di pejabatnya, di sini, hari ini.
Hadir sama pada majlis penyerahan itu Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Zaidi Johari, EXCO Pelancongan, Warisan dan kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, Datuk Ibrahim Fadzil dan kenamaan lain.
Pada majlis itu Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaan tertinggi berjumlah RM3,407,150.75 diikuti Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd RM 627,300.
Turut menyerahkan zakat perniagaan adalah Telekom Malaysia Berhad sebanyak RM288,957 dan FGV Holdings Berhad sebanyak 221,856.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LAMAN BROMELIAD TINGKAT IMEJ MELAKA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN KREATIF, LESTARI
BANDA HILIR 29 Jun – Laman Bromeliad yang dibangunkan di Taman Bunga Merdeka dijangka menjadi antara produk pelancongan baharu di...
MALIM UPTOWN LUBUK REZEKI USAHAWAN
KESIDANG 29 Jun – Pembukaan Malim Uptown bakal menjadi satu lagi platform penting dalam memperkasa golongan usahawan dan peniaga kecil...
30 PROGRAM RAKYAT GEGAR WRUR SERKAM
SERKAM 29 Jun - Sebanyak 30 program telah disusun sepanjang penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri...
PESANAN TOK RAUF JADI AZIMAT BERMAKNA BUAT ANAK MUDA MELAKA
MERLIMAU 29 Jun - Pesanan dan amanat yang disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kepada peserta Program...
RENTAK PERAHU NAGA SERLAH MAGIS SUNGAI MELAKA
BANDA HILIR 28 Jun – Penganjuran Perlumbaan Perahu Naga 2026 terus memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan apabila berjaya menarik...
PERLUMBAAN PERAHU NAGA ANGKAT SUNGAI MELAKA DESTINASI BERPRESTIJ SUKAN AIR
BANDA HILIR 28 Jun - Sungai Melaka terus membuktikan keupayaannya sebagai destinasi berprestij acara sukan air bertaraf antarabangsa apabila berjaya...
