
(TERKINI) Pelitup muka tidak lagi diwajibkan di kawasan terbuka
PUTRAJAYA 27 April – Kerajaan mengumumkan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan kepada orang ramai di kawasan terbuka (outdoor).
Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin berkata, meskipun ketetapan itu kini menjadi pilihan (optional), namun orang ramai masih digalak memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko jangkitan.
Bagaimanapun, katanya, bagi kawasan tertutup (indoor) dan pengangkutan awam, pemakaian pelitup muka masih lagi diwajibkan.
“Pelitup muka diwajibkan di kawasan tertutup seperti gedung beli belah, pejabat dan pengangkutan awam.
“Penguatkuasaan Akta 342 juga amsih terus dijalankan kepada individu yang gagal memakai pelitup di kawasan yang diwajibkan,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.
Kelonggaran tersebut akan berkuat kuasa mulai 1 Mei ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LIMA AGENDA PERKUKUH EKOSISTEM DATA RAYA MELAKA
BANDARAYA MELAKA 11 November - Kerajaan Negeri menggariskan lima agenda utama bagi memperkukuh ekosistem Data Raya negeri, termasuk memperluas penggunaan...
RISDA PERKUKUH PERANAN PEMBELI UTAMA, HARGA GETAH CECAH RM5.88 SEKILOGRAM
TABOH NANING 11 November - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan memperkukuh peranannya sebagai pembeli utama (anchor...
PRN MELAKA: HAKIM GANDAKAN LANGKAH, SERU PENGUNDI LUAR PULANG MENGUNDI
LENDU 11 November - Berbaki dua hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan dimanfaatkan calon Barisan Nasional (BN) bagi...
PRN MELAKA: BIRU BN MASIH MENYALA DI LENDU
LENDU 11 November - Barisan Nasional (BN) Melaka yakin Dewan Undangan Negeri (DUN) N.04 Lendu mampu menyumbang satu kerusi kepada...
PECUTAN AKHIR PRN, HAMEED DEKATI 2,000 PENGUNDI LUAR AYER LIMAU
AYER LIMAU 11 November - Peningkatan hampir empat kali ganda jumlah pengundi luar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau...
SWM KONGSI KECERIAAN DEEPAVALI BERSAMA 50 PENGHUNI RUMAH KEBAJIKAN
DUYONG 11 November - Seramai 50 penghuni Rumah Kasih Sayang Angel, Taman Sinn Semabok, di sini, diraikan menerusi program SWM...
