
Gajah liar berkeliaran di R&R dihalau ke habitat asal
GERIK, 8 Sept – Seekor gajah liar yang dilaporkan berkeliaran di sekitar hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa Gerik, sejak beberapa hari lepas, telah dihalau ke habitat asalnya yang terletak di kawasan berhampiran.
Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata tindakan itu dilaksanakan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak.
“Gajah liar sering memasuki kawasan itu berkemungkinan untuk mencari makanan namun ia tidak mengganggu sesiapa,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.
Justeru, beliau meminta pengguna jalan raya supaya tidak membunyikan hon kenderaan dan memasang lampu bagi mengelakkan gajah di kawasan terbabit mengamuk.
“Ini kerana gajah amat sensitif dengan elemen tersebut yang boleh membahayakan orang ramai,” katanya.
Ahad lalu, orang awam yang berada di kawasan R&R itu dilaporkan menyedari kehadiran gajah liar yang cuba masuk ke kedai bagi mendapatkan makanan selain menjatuhkan tong sampah di kawasan berkenaan, pada kira-kira jam 10 malam.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan membabitkan orang awam mahupun kerosakan kenderaan dilaporkan berlaku.- BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
MSPO BUKTI SAWIT MALAYSIA MAMPAN, TANGKIS DAKWAAN NEGATIF INDUSTRI
AYER MOLEK 11 November - Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) menjadi instrumen penting dalam mempertahankan kredibiliti industri sawit negara...
RISDA PERKUKUH PERANAN PEMBELI UTAMA, HARGA GETAH CECAH RM5.88 SEKILOGRAM
TABOH NANING 11 November - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan memperkukuh peranannya sebagai pembeli utama (anchor...
225,000 KANAK-KANAK IKUTI PRA TAHFIZ KEMAS, LEBIH 9,000 KELAS DI SELURUH NEGARA
PANTAI KUNDOR 11 November - Seramai 225,000 kanak-kanak di seluruh negara kini mengikuti program Pra Tahfiz anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat...
PRN MELAKA: MCA ‘KETUK PINTU’ 200 RUMAH SEHARI, YAKIN RAIH KEYAKINAN PENGUNDI
BANDARAYA MELAKA 11 November - Calon MCA memperhebat gerak kerja kempen dari rumah ke rumah dengan menyantuni hampir 200 kediaman...
TEKNOLOGI TOREHAN TEBUK MULA DILAKSANAKAN JANUARI 2027
TABOH NANING 11 November - Teknologi torehan secara tebuk (puncture tapping) yang dikaji selama 15 tahun bakal dilaksanakan secara rasmi...
MELAKA PERINTIS, 132 TABIKA AUTISME KEMAS BAKAL DIBUKA PADA 2027
PANTAI KUNDOR 11 November - Melaka dipilih sebagai negeri perintis bagi pelaksanaan inisiatif pendidikan awal kanak-kanak autisme oleh Jabatan Kemajuan...
