
Banjir Pontian: 51 masih di PPS, sebuah PPS ditutup
JOHOR BAHRU, 6 Mei – Seramai 51 orang mangsa banjir kilat di daerah Pontian masih berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi tadi, selepas satu PPS ditutup semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian menerusi kenyataan memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bunian yang menempatkan 117 individu daripada 20 buah keluarga ditutup pada pukul 6 petang semalam.
“Dua PPS yang masih beroperasi iaitu SK Seri Bukit Panjang menempatkan 32 individu daripada tujuh keluarga, manakala SK Melayu Raya pula 19 individu daripada empat keluarga,” menurut kenyataan itu.
Hujan lebat berterusan pada dua hari lepas telah menyebabkan beberapa buah rumah di Kampung Seri Segambut, Kampung Bukit Panjang dan Kampung Jasa Sepakat dinaiki air.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA RUMAHKU: 202 KEDIAMAN DIBAIK PULIH, DIBINA BAHARU
ASAHAN 26 Ogos - Sebanyak 101 rumah baharu dibina manakala 101 lagi kediaman dibaik pulih di seluruh Melaka menerusi inisiatif...
10 TAHUN HIDUP DALAM RUMAH SEMPIT, AKHIRNYA ADA RUANG UNTUK BERNAFAS
ASAHAN 26 Ogos - Selama kira-kira 10 tahun, rumah kecil yang dihuni Engku Azlinah Tengku Azhar, 40 bersama suami dan...
68 LAMPU SOLAR TERANGI JALAN GELAP ASAHAN
ASAHAN 26 Ogos - Jalan-jalan gelap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal diterangi 68 lampu solar yang bakal dipasang...
‘TOK RAUF, YB ALONG BAGAI ANUGERAH BUAT KAMI’
ASAHAN 25 Ogos - Dua pemimpin ini bagai anugerah untuk kami, itu kata generasi kedua Felcra Bukit Sedanan yang menyifatkan...
RM1.7 JUTA NAIK TARAF MAAHAD TAHFIZ TVET PULAU BESAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Bangunan lama Maahad Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pulau Besar yang berusia...
BEKALAN TELUR MELAKA MASIH CUKUP – DR. AKMAL
SERI NEGERI 25 Ogos - Kenaikkan harga telur di Melaka bukan disebabkan kekurangan bekalan sebaliknya dipengaruhi oleh faktor pasaran luar...

