
Sukan Sea: Nur Dhabitah hadiahkan pingat emas sulung Malaysia
HANOI, 8 Mei – Persembahan cemerlang atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri dalam saingan final acara 1 meter (m) papan anjal individu wanita menghadiahkan Malaysia pingat emas pertama Sukan SEA ke-31 di Pusat Akuatik My Dinh di sini, hari ini.
Ia juga adalah acara yang menawarkan pingat emas pertama sebelum upacara pembukaan rasmi yang dijadual berlangsung Khamis ini.
Nur Dhabitah yang telah memenangi empat pingat emas sepanjang penyertaannya di temasya sukan dwitahunan itu, berjaya menambah koleksi emasnya selepas mengumpul 290.45 mata dalam lima terjunan.
Lebih membanggakan, Malaysia berjaya menamatkan saingan itu dengan kedudukan podium 1-2 selepas atlet muda, Kimberly Bong Qian Ping berjaya merangkul pingat perak dengan kutipan 230.00 mata.
Pingat gangsa dimenangi atlet tuan rumah Ngo Phuong Mai yang mengutip 224.00 mata.
Dalam pada itu, Nur Dhabitah berpeluang merangkul pingat emas keenamnya apabila bakal bergandingan dengan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg dalam acara 10m platform seirama pada Rabu ini di venue sama.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DALAM DIAM TOK RAUF, YB ROSLI BANTU RINGANKAN BEBAN NELAYAN
KUALA LINGGI 2 November - Dalam diam penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi Datuk Rosli Abdullah turut memainkan...
MELAKA SUDAH SEDIA 195 STESEN PENGECAS EV
GADEK 2 November - Sebanyak 195 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di 95 lokasi telah disediakan di seluruh Melaka setakat...
NILAI BERDASARKAN PRESTASI, TERUSKAN KESINAMBUNGAN KEHARMONIAN DI MELAKA
TABOH NANING 2 November - Rakyat Melaka diberi mandat untuk menentukan calon bagi mewakili mereka selepas Pilihan Raya Negeri (PRN)...
ISU DALAMAN BN TANGGA BATU SELESAI SECARA KEKELUARGAAN – RAIS
SUNGAI UDANG 2 November - Isu dalaman Barisan Nasional (BN) di Parlimen Tangga Batu yang sebelum ini mencetuskan dakwaan penolakan...
PENGUNDI USIA 80 TAHUN BERSEMANGAT SARAPAN BERSAMA TOK RAUF
TABOH NANING 2 November - Peluang untuk bersarapan bersama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh menceriakan Fauziah...
MELAKA PERKUKUH KEDUDUKAN SEBAGAI HAB AUTOMOTIF ASIA TENGGARA
GADEK 2 November - Pengeluaran dua model kenderaan hibrid terbaharu Great Wall Motor (GWM) di Pegoh dijangka memperkukuh kedudukan Melaka...
