
Sukan Sea: Nur Dhabitah hadiahkan pingat emas sulung Malaysia
HANOI, 8 Mei – Persembahan cemerlang atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri dalam saingan final acara 1 meter (m) papan anjal individu wanita menghadiahkan Malaysia pingat emas pertama Sukan SEA ke-31 di Pusat Akuatik My Dinh di sini, hari ini.
Ia juga adalah acara yang menawarkan pingat emas pertama sebelum upacara pembukaan rasmi yang dijadual berlangsung Khamis ini.
Nur Dhabitah yang telah memenangi empat pingat emas sepanjang penyertaannya di temasya sukan dwitahunan itu, berjaya menambah koleksi emasnya selepas mengumpul 290.45 mata dalam lima terjunan.
Lebih membanggakan, Malaysia berjaya menamatkan saingan itu dengan kedudukan podium 1-2 selepas atlet muda, Kimberly Bong Qian Ping berjaya merangkul pingat perak dengan kutipan 230.00 mata.
Pingat gangsa dimenangi atlet tuan rumah Ngo Phuong Mai yang mengutip 224.00 mata.
Dalam pada itu, Nur Dhabitah berpeluang merangkul pingat emas keenamnya apabila bakal bergandingan dengan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg dalam acara 10m platform seirama pada Rabu ini di venue sama.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR BUKAN PROGRAM RETORIK POLITIK – ADLY
BUKIT KATIL 7 Disember - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil bukanlah program retorik...
MBMB TELITI BANTUAN TAMBAHAN MANGSA INSIDEN POKOK TUMBANG
BUKIT KATIL 7 Disember - Kerajaan Negeri mengarahkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menjalankan siasatan terperinci serta memastikan semua pokok...
WRUR BUKIT KATIL PENANDA ARAS ‘DEMI RAKYAT UNTUK RAKYAT’
BUKIT KATIL 7 Disember - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil menjadi penanda aras...
WRUR: MELAKA HARAP SPRM PERLUAS PERANAN ANTI RASUAH
BUKIT KATIL 7 Disember - Kerajaan Negeri berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat perluaskan peranan untuk menyemai kesedaran mengenai...
BAJET NEGERI MELAKA 2026: PERZIM PERHEBAT MUZIUM, ARKEOPELANCONGAN
AYER KEROH 7 Disember - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyambut baik Bajet Negeri Melaka 2026 yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan...
KEGAGALAN BAKAR SEMANGAT MOHD SUKUR UNTUK BANGKIT JADI USAHAWAN BERJAYA
AYER KEROH 6 Disember - Cabaran hidup sebagai orang kurang upaya (OKU) dan gagal berulang kali dalam perniagaan, tidak membuatkan...
