
Myvi langgar tembok, wanita cedera terkena serpihan batu
SEREMBAN, 16 Mei – Seorang wanita cedera di bahagian tengkuk apabila terkena serpihan batu tembok selepas sebuah Perodua Myvi dipercayai melanggar tembok di tingkat empat tempat letak kereta Hentian Bas Terminal One, di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban Mohammad Idris berkata insiden pelanggaran tembok itu menyebabkan serpihan batu tembok tersebut terjatuh lalu menimpa mangsa.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.46 petang dan enam anggota termasuk pegawai dengan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Bagi memastikan kenderaan itu stabil daripada terjatuh dari tingkat berkenaan, kenderaan mangsa ditarik menggunakan kenderaan ‘towing’ dan diserah kepada Majlis Bandaraya Seremban dan polis,’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjutnya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KANAK-KANAK PEREMPUAN DUA TAHUN TERPERANGKAP DALAM KERETA
AYER KEROH 30 April - Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terperangkap dalam sebuah kereta hampir 30 minit sebelum diselamatkan pasukan...
MELAKA ANGKAT SENI PEMBUATAN LAYANG-LAYANG
AYER KEROH 30 April - Bengkel unik yang menyatukan elemen tradisional dan kemahiran turun-temurun bakal berlangsung di perkarangan Muzium Dunia...
PREMIS GAGAL URUS SISA, 20 NOTIS KESALAHAN DIKELUARKAN
AYER KEROH 30 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengeluarkan sebanyak 20 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) berjumlah RM10,000 dikeluarkan...
MELAKA DESTINASI PELANCONGAN SUKAN ANTARABANGSA
AYER KEROH 30 April - Penganjuran Kejohanan Tenis Antarabangsa Asian Tennis Federation (ATF) Bawah 14 Tahun di Kompleks Tenis Majlis...
WRUR DUN SUNGAI UDANG TAMPIL KELAINAN
SERI NEGERI 30 April - Pengisian program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dari 18...
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...